6 Penyakit Jika Kerap Makan Mee Segera


Mee segera bukan sahaja sedap, tapi mudah nak disediakan dan tak guna banyak masa. Boleh dikatakan mee segera memang 'wajib' ada di kebanyakkan rumah.

Tapi, biarlah berpada-pada sebab mee segera bukahlah makanan yang sihat. Kepada peminat tegar mee segera, ketahui 6 penyakit yang mungkin menyerang anda!

1. Merosakkan pencernaan

Mee segera membuatkan sistem pencernaan anda rosak. Kajian mendapati, ia boleh menyebabkan sembelit, cirit-birit, sakit perut, perut kembung, serta terjadinya masalah perut yang lain.

2. Meningkatkan tekanan darah

Kandungan natrium yang tinggi dalam mee segera mampu meningkatkan tekanan darah dan masalah buah pinggang.

3. Menurunkan sistem metabolisme

Nak tahu kenapa makan mee segera buat badan jadi gemuk? Ini kerana apabila anda banyak makan mee segera, sistem metabolisme tubuh anda menurun.

4. Tinggi kandungan MSG

Semua tahu bahawa mee segera tinggi kandungan MSG (Monosoduium Glutamat). MSG boleh menyebabkan kerosakan otak, penyakit buah pinggang dan komplikasi lain dalam tubuh.

5. Menyebabkan kanser

Mee segera mengandungi bermacam bahan pengawet tiruan yang boleh menyebabkan kanser. Perlu berwaspada dengan mee segera cawan kerana cawan tersebut sangat berbahaya jika dipanaskan.

6. Buat anda jadi gemuk

Kandungan utama mee segera ialah karbohidrat, serta mengandungi MSG, garam dan bahan pengawet. Semua bahan tersebut mampu membuatkan berat badan bertambah.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: