Mandi pagi sebaiknya dilakukan oleh setiap orang supaya tubuh sihat. Hal ini mungkin sudah terbiasa dilakukan sebahagian orang, tetapi tidak sedikit juga yang masih meninggalkan amalan mandi pada pagi hari dengan berbagai alasan.
Terdapat 3 gaya hidup sihat sebelum jam 6 pagi iaitu bersenam, minum air putih dan mandi. Mandi pagi merupakan salah satu amalan yang sukar dilakukan bagi sebahagian orang. Kebanyakan orang beralasan kerana dinginnya air di pagi hari yang dapat membuat rasa malas. Namun, mandi pagi memiliki banyak manfaat bagi kesihatan tubuh.
Berikut ini 15 manfaat yang menakjubkan mandi pagi :
1. Melancarkan peredaran darah
Menurut berbagai hasil penyelidikan oleh sebuah lembaga kajian di Britain, mendapati apabila seseorang sering melakukan rutin mandi pagi dengan air dingin, maka peredaran darahnya akan menjadi lancar. Tubuh terasa lebih segar, rileks dan segar.
2. Meningkatkan sel darah putih
Menurut hasil kajian, mandi pagi dapat meningkatkan sel darah putih dalam tubuh. Apabila sel darah putih dalam tubuh meningkat, maka dapat membuat daya tahan serta kemampuan tubuh dalam melawan virus akan semakin meningkat. Tubuh akan menjadi lebih kuat dan tidak mudah diserang berbagai penyakit.
3. Terhindar dari penyakit Rheumatik
Mandi pada malam hari seringkali dapat mengakibatkan penyakit rheumatik. Namun, mandi pagi justeru dapat membuat anda terhindar dari penyakit rheumatik kerana air pagi memiliki kandungan karbondioksida yang berbeza daripada pada saat malam hari.
Rematik - merupakan penyakit yang menimbulkan rasa sakit akibat otot atau persendian yang mengalami peradangan dan pembengkakan yang terjadi pada bahagian anggota gerak, seperti sendi, otot, tulang dan jaringan sekitar sendi.
4. Mengurangkan kadar stres
Dengan mula membasahi tubuh dengan air dingin pada pagi hari dapat membuat seluruh bahagian pada tubuh mendapatkan oksigen dalam jumlah yang mencukupi. Keperluan oksigen pada berbagai organ tubuh dapat dipenuhi sehingga mampu mengurangkan kadar stres yang sedang dialami.
5. Menurunkan risiko darah tinggi
Mandi pagi dapat menurunkan risiko darah tinggi, varises, serta mengerasnya pembuluh darah. Hal ini kerana dengan mandi pagi dapat melancarkan sirkulasi darah ke seluruh tubuh.
Varises - adalah pembuluh vena yang membengkak dengan bentuk tidak lazim (menonjol, berbelit) yang umumnya muncul pada kaki.
6. Mengurangi kadar gula darah
Kadar gula yang tinggi dapat diatasi dengan melakukan amalan rutin mandi pagi. Kerana pada proses detokfikasi, kadar gula dalam darah akan diseimbangkan oleh suhu air.
7. Meningkatkan kesuburan
Mandi pagi dapat meningkatkan produksi hormon testosterone pada lelaki serta hormone estrogen pada wanita. Hal ini dapat mengakibatkan kesuburan serta ghairah pergaulan dapat semakin meningkat.
8. Menjaga kelembapan serta kesegaran kulit
Hal ini kerana mandi pagi memiliki air dingin yang banyak mengandung karbondioksida yang tentunya bermanfaat dalam proses pengeluaran racun-racun (detokfikasi).
9. Memperbaiki kesihatan jaringan tubuh
Kebiasaan mandi pagi dapat membuat jaringan kulit semakin membaik. Suhu tubuh akan naik mencapai kestabilan sehingga jantung menjadi terpacu untuk bangun, adrenalin meningkat, pembuluh darah jadi lebih lancar untuk bergerak sehingga aliran darah dalam tubuh menjadi sangat baik termasuk aliran darah ke kulit. kulit menjadi tidak kering dan lebih kenyal.
Mandi pagi juga dapat mengurangi lingkaran hitam pada bawah mata. Hal ini dapat membuat wajah kelihatan lebih cerah, lebih lembut, halus dan kesegaran wajah akan semakin terpancar. Namun sebaliknya, mandi dengan air hangat dapat membuat kulit menjadi lebih mudah berkedut serta kurang kenyal.
Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak.
10. Meningkatkan kesehatan rambut kepala
Mandi pagi juga memiliki manfaat untuk menjaga dan meningkatkan kesihatan rambut. Hal ini kerana mandi pagi dapat semakin memperkuat akar rambut yang pada akhirnya membuat rambut menjadi tidak mudah gugur dan kusam.
11. Meredakan depresi
Mandi pagi biasanya dilakukan oleh para pahlawan samurai Jepun pada zaman dulu. Mandi pagi tersebut biasa disebut dengan misogi dalam bahasa Jepun. Kebiasaan tersebut memiliki tujuan untuk membersihkan jiwa sehingga fikiran dapat menjadi lebih tenang dan rileks, serta dapat menjalani hari-hari dengan penuh semangat.
12. Meningkatkan energi dan fikiran
Bagi yang pernah mandi pagi pasti sudah mengetahuinya, bahawa mandi pagi itu sangat menyegarkan. Mandi air hangat memanglah nyaman, namun pilihlah air dingin jika anda ingin membangkitkan tubuh dan fikiran anda.
13. Meningkatkan gerakan limfatik
Sistem limfatik berperanan penting dalam mengangkut sel darah putih untuk melawan infeksi, iaitu proses yang bergantung pada kontraksi otot. Mandi pagi dapat mendorong terjadinya kontraksi tersebut dan membantu kerja sistem limfatik.
14. Merangsang penurunan berat badan
Lemak terdapat dalam bentuk yang berbeza-beza. Apa yang anda makan merupakan apa yang akan membuat tubuh anda. Mandi pagi dapat mendorong produksi energi pembakaran lemak serta dapat mempercepat metabolisme tubuh anda.
15. Mengatur suhu tubuh
Manfaat mandi pagi dapat membantu untuk mengatur suhu tubuh, yang sangat bermanfaat untuk mengaktifkan sistem penyembuhan tubuh.