Ramai wanita yang tidak mengetahui perkara ini iaitu sebenarnya ada beberapa warna pakaian yang cukup menarik pada pandangan lelaki. Apatah lagi jika yang mengenakan warna ini adalah isterinya.
Inilah antara petua agar anda nampak sentiasa cantik menawan di pandangan suami. Jadi, sila tambah koleksi pakaian atau tudung anda dengan warna-warna berikut ini.
1. Hitam
Wanita yang memakai baju hitam bukan saja kelihatan lebih kurus tapi turut menegaskan sikap dirinya yang berdikari, punya pendirian, ada kelas tersendiri dan juga seksi. Kebanyakan wanita tiada masalah memakai pakaian warna hitam tak kira warna kulit atau bentuk tubuh mereka.
2. Merah
Warna ini sememangnya mampu menarik perhatian malah disukai golongan lelaki. Di mata mereka, wanita dengan busana merah tampak berani, elegan, cantik dan seksi. Merah juga mewakili rasa percaya diri dan sisi feminin. Mahu nampak seksi di mata suami, pakaianlah baju dengan warna ini.
3. Putih
Lelaki juga menyukai warna putih. Ia melambangkan wanita itu bersih, rapi dan neutral. Seperti warna hitam ia tidak pernah ketinggalan dan sentiasa memberi kesan menarik pada wanita yang memakainya.
4. Biru
Walau pun warna ini untuk lelaki, namun mereka juga gemar melihat wanita mengenakan warna ni. Isteri yang memilih pakaian daripada warna ini akan kelihatan segar dan mampu memberi mood ceria pada suami.
5. Merah Jambu
Warna untuk wanita tapi tak dinafikan terdapat juga lelaki yang gemar melihat warna ini. Wanita yang mengenakannya baju dengan warna merah jambu biasanya dilihat cukup manis dan feminin di pandangan suami.
6. Biru Turquoise
Adalah warna perpaduan antara biru yang sedikit kehijau-hijauan. Apabila suami melihat isteri mengenakan warna ini ia memancarkan aura cantik, yakin diri dan bersemangat pada diri anda. Inilah yang anda mahu bukan?