Sebelum ini telah disiarkan entri tentang masalah-masalah yang sering dihadapi oleh orang peribadi introvert. Walaupun seorang introvert memiliki kekurangan, mereka juga memiliki kelebihan.
Biasalah, itulah adat kehidupan di sebalik kekurangan pasti ada kelebihan di sisi lain.
Berikut ini 8 kelebihan yang dimiliki orang personaliti introvert :
1. Pendengar Yang Sangat Baik
Seorang introvert itu memang terlahir dengan telinga yang peka. Walaupun mereka jarang mengeluarkan sepatah kata dari mulutnya, tapi telinga mereka selalu setia mendengarkan setiap kata yang ada di sekelilingnya.
Mungkin orang biasa melihat introvert sebagai orang yang pendiam di lingkungan sosial, tapi ketika mereka diam, sebenarnya mereka sedang mempelajari dan mengamati apa yang ada disekitarnya, iaitu dengan cara melihat dan mendengarkan.
Jadi, jangan hairan kalau diam-diam ternyata introvert tahu banyak hal. Selain itu, kerana mereka adalah pendengar yang baik, introvert sangat sesuai untuk dijadikan teman untuk mencurah masalah dan seumpamanya.
2. Teman Yang Berkualiti
Berbeza dengan ekstrovert yang punya ramai teman dimana-mana, introvert cenderung kurang teman. Tapi hal ini yang membuat seorang introvert menjadi teman yang berkualiti. Kerana introvert melihat teman bukan dari kuantiti(jumlah), tapi dari kualitinya.
Introvert itu hanya ingin berteman dengan orang yang benar-benar ingin menjadi temannya atau orang yang dipercayainya. Kerana itu, mereka juga lebih menghargai temannya, kerana bagi mereka untuk mendapatkan teman itu tidaklah mudah.
3. Mempunyai Fikiran Dan Imaginasi Luas
Walaupun mereka diam, tapi fikiran seorang introvert tidak pernah diam. Fikiran mereka selalu menjelajah tanpa henti dan sangat luas. Oleh kerana itu introvert sering kelihatan pasif kerana sebenarnya mereka lebih menikmati untuk aktif di dunia khayalan/imaginasi.
Jadi, introvert itu sangat sesuai untuk menceburi bidang atau pekerjaan yang berhubungan dengan banyak berfikir atau berkhayal. Kalau anda perhatikan juga, orang yang pakar dalam photografi, melukis atau desain itu rata-rata introvert.
4. Jaguh Menulis
Selain ahli dalam photografi, melukis atau desain, biasanya introvert juga jaguh menulis. Masih ada hubungannya dengan yang di atas. Walaupun introvert kurang ahli dalam berbicara, tapi otak mereka ahli untuk membuat kata-kata yang menarik. Kerana imaginasinya yang luas, introvert juga dapat membuat cerita yang unik dan menarik untuk dibaca.
5. Lebih Berdikari
Kerana sering menyendiri, introvert terbiasa melakukan segala hal bersendirian. Hal tersebut membuatnya menjadi lebih berdikari. Berbeza dengan ekstrovert yang biasanya melakukan sesuatu hal secara beramai-ramai atau berkumpulan.
6. Penyabar
Selain terbiasa melakukan hal bersendirian, introvert juga sudah terbiasa dengan menunggu. Introvert tidak akan merasa keletihan untuk menunggu, kerana mereka sudah terbiasa berdiam diri dalam waktu yang lama. Kerana itu, introvert merupakan orang yang lebih penyabar daripada ekstrovert.
7. Mempunyai Aura Yang Damai
Introvert tidak suka menyelesaikan masalah dengan fizikal, mereka lebih cenderung menyelesaikan masalah dengan berfikir. Introvert kurang suka dengan kekerasan atau hal yang berbau "keras" atau meletihkan. Mereka adalah orang yang damai yang suka menyelesaikan masalah dengan cara yang damai dan simple.
8. Memiliki Sifat Tekun Dan Bertanggungjawab
Seorang introvert cenderung memiliki sifat yang tekun dan bertanggungjawab. Mereka bukan jenis orang yang sering suka 'berkeliaran' keluar rumah dan hura-hura, kerana mereka adalah jenis orang yang suka duduk rumah. Walaupun ada introvert yang pemalas, tapi mereka tetap akan menyelesaikan tugas yang telah diberikan.