Ini adalah sekadar peringatan kepada suami. Isteri anda mengandungkan anak anda, yakni zuriat anda. Jagalah isteri anda dan janganlah sakiti hati mereka.
Hargailah pengorbanan yang isteri anda lakukan dan tanggung kesusahannya. Jangan lupa sediakan segala keperluan yang terbaik buat isteri anda semasa mengandung dan juga selepas bersalin nanti.
Berikut 10 ayat jangan disebut suami kepada isteri yang hamil :
1. Awak ni asyik tidur je. Penat sangat ke?
Ketika isteri mengandung, mereka memang senang penat dan memang selalu mengantuk. Biarlah isteri kita tidur. Bila mereka banyak rehat, baby yang dikandungnya pun akan sihat juga.
2. Hari ni pun awak tak masak ke? Kena makan di luar juga ke?
Ada sesetengah isteri memang akan ada alahan masuk dapur. Bau masakan pun boleh buat mereka loya. Tak salahkan kalau kita beli makanan supaya isteri kita tak payah masak. Kalau teringin sangat nak isteri kita masak, tunggulah sehingga mereka sihat barulah request nak makan apa.
3. Bersepahnya rumah. Awak tak mengemas ke?
Rumah bersepah itu lumrah, lagi-lagi kalau kita ada anak kecil dan isteri yang tengah hamil. Biarlah isteri kita rehat, tak payahlah paksa mereka mengemas teruk-teruk. Setakat baju tak basuh, kita boleh hantar dobi, setakat rumah bersepah tak bersapu, boleh panggil cleaner datang untuk cuci dan kemas rumah. Suami menolonglah mana yang boleh.
4. Badan awak macam dah makin besar je ni. Exercise la sikit!
Ini adalah NO! NO! Jangan sebut yang isteri makin gemuk. Sudahlah isteri kita mengandungkan anak kita, hargailah mereka walau apa juga keadaan mereka. Isteri kita bersungguh-sungguh makan makanan yang berkhasiat dan makan suplement semasa hamil supaya anak yang dikandung membesar dengan sihat. Nanti lepas bersalin, insya Allah isteri kita kuruslah semula.
5. Pucatnya muka awak!
Biasanya muka pucat sebab tak ada selera nak makan ataupun terlalu penat. Janganlah dikomen lagi muka yang pucat itu. Mungkin suami boleh membantu isteri untuk untuk tambah selera makannya supaya isteri kita lebih sihat dan bertenaga.
6. Apa line-line pada perut awak tu?
Jangan ditegur pasal stretchmarks. Memang menakutkan isteri tau. isteri kalau boleh tak nak ingat pun yang mereka ada stretchmarks yang mungkin susah nak hilang itu. Janganlah ditambah lagi kerunsingannya itu.
Nota : Petua tak nak ada parut di perut selepas bersalin, jangan garu, kalau tak tahan juga, garu dengan sikat rambut.
7. Sikit-sikit menangis. Takda kerja lain ke?
Untuk pengetahuan suami, isteri kita masa mengandung memang emosi tak stabil. Kadang-kadang isteri kita menangis tanpa sebab pun. Layankan saja emosinya itu. Bukannya lama pun isteri kita begini.
8. Nak makan sekarang? Esok-esoklah saya carikan
Kalau isteri mengidam nak makan sesuatu, carikanlah selagi mampu asalkan bukan makanan yang tak boleh makan sudahlah. Isteri kita nak bermanja tu sekali-sekala.
9. Banyaknya awak makan?
Isteri makan untuk dua orang, bukannya untuk diri sendiri saja. Bagilah isteri kita makan makanan yang berkhasiat supaya mereka bertenaga sepanjang kehamilan.
10. Kenapa kerap sangat awak muntah ni?
Perubahan hormon dalam badan isteri kita semasa dia hamil yang menyebabkan dia loya dan mual-mual sehingga boleh menyebabkan muntah. Isteri kita bukanlah minta berlaku begitu, jadi bertimbang rasalah wahai suami.