10 Tanda Suami Terlebih Sayangkan Isteri


Memasuki alam perkahwinan, ada pasangan suami isteri sering abaikan emosi dan perasaan masing-masing. Mungkin kerana penat mencari rezeki dan menguruskan hal keluarga serta anak-anak, namun dari sudut ambil hati pasangan, anda tetap tidak boleh letak tepi. Bagaimana mahu tahu tanda-tanda suami ambil berat emosi isterinya?

Berikut 10 tanda suami anda terlebih menyayangi anda :

1. Peluk Sebelum Tidur

Semasa masuk tidur, suami memeluk isterinya sekejap seolah-olah untuk memanaskan dirinya seketika. Selepas itu barulah dia lena sendirian.

2. Ciuman Yang Dalam

Jika dia mencium isterinya, ciumannya mendalam seolah-olah menyedut oksigen di dalam kulit pipi isterinya.

3. Suka Ajak Makan Bersama

Suami suka ajak isteri makan bersama, sama ada ketika di rumah ataupun ketika di luar. Dia juga meminta isterinya memilih sendiri menu setiap kali meembuat pesanan.

4. Tidak Sabar Pulang Ke Rumah

Suami tidak sabar untuk pulang ke rumah sebaik sahaja selesai tugas di tempat kerja atau dengan masyarakat. Ketibaannya pula dengan senyuman meleret apabila disambut penuh kasih mesra oleh isteri dan anak-anak.

5. Isteri Jadi Makmum

Orang lelaki afdhalnya solat fardhu berjemaah di masjid atau surau. Namun jika kerana sesuatu keadaan suami terpaksa solat fardhu di rumah, dia suka isterinya menjadi makmum.

6. Suka Memberi Hadiah

Suami suka memberi hadiah kepada isteri terutama apabila pulang daripada 'outstation' dan menunggu maklum balas atau respon daripada isteri terhadap hadiahnya itu.

7. Memberi Ruang Untuk Isteri

Jika isteri duduk disebelahnya walaupun ketika itu suami sedang fokus menonton rancangan tv yang diminatinya, dia akan berikan ruang untuk iserinya menghimpit di sebelahnya dan melayan 'gangguan kenakalan' isterinya seketika.

8. Membantu Isteri Di Rumah

Jika dia tidak penat atau tiada apa-apa kerja penting yang perlu diselesaikan di rumah, suami akan cuba untuk membantu isterinya kerja-kerja maskulin di rumah.

9. Selalu Memuji Isteri

Suami selalu memuji isterinya di mana saja dia berada atau paling minimum pun dia tidak sekali-kali mengeji isterinya depan kawan-kawan atau sanak saudaranya.

10. Menegur Dengan Bahasa Sopan

Jika isterinya membuat kesilapan, suami selalu tegur dengan menggunakan bahasa yang tidak menyakitkan hati isterinya seolah-olah dia hanya memberikan pandangan sahaja yang mana mungkin pandangannya itu tidaklah 100% benar belaka.

Suami yakin jika ada perangai isterinya yang dia tidak suka, Allah mahu dia bersabar dan Allah memberikan jaminan bahawa di sebalik apa yang suami tidak suka itu, ada kebaikan yang tersangat banyak yang disediakan oleh Allah.

Sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran Surah An-Nisa ayat 19 :


Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.
Kesimpulannya, jika suami anda ada satu sahaja pun di antara 10 yang disenaraikan di atas, itu maknanya dia sayang pada anda sebagai isterinya. Jika lebih daripada satu maknanya dia TERLEBIH SAYANG!
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: