10 Tip Untuk Merancang Travel Pertama Anda


Mengembara atau travel melihat tempat orang adalah satu perkara yang memberikan pengalaman baru kerana dapat melihat perspektif dunia luar dan bergaul dengan orang daripada etnik dan budaya berbeza, selain orang dan budaya yang kita sudah kenal.

Bagi memastikan perjalanan dan pengembaraan berjalan lancar sudah pasti ia melibatkan perancangan yang rapi dan bagi yang baru pertama kali pasti berasa bimbang dan dalam masa yang sama teruja untuk mendapatkan pengalaman baru.

Berikut 10 tip untuk rancang travel pertama anda :

1. Pilih destinasi yang anda mampu

Bagi permulaan pilihlah tempat yang mampu dan sesuai dengan bajet anda. Ini kerana sekiranya anda bercita-cita untuk pergi tempat yang jauh semestinya ia melibatkan kos yang tinggi.

2. Buat start list

Sebelum pergi mengembara seeloknya anda buat satu senarai yang mengandungi apa yang anda hendak lakukan ketika berada di tempat orang. Ia seakan memberi motivasi kepada anda sebelum memulakan perjalanan.

3. Jangan berdiam diri

Apabila anda berada di tempat luar, usahlah segan bertegur dengan orang yang anda temui. Mana tahu dari situ anda bertemu kenalan baru dan berkongsi pengalaman yang mungkin anda tidak lalui.

4. Usah takut pergi seorang diri

Sekiranya anda tidak mempunyai teman untuk pergi mengembara jangan risau redah sahaja walaupun seorang diri. Dari situ anda belajar berdikari dan mempercayai diri sendiri.

5. Hubungi orang tempatan

Sebaiknya sebelum anda pergi ke sesuatu tempat cuba dapatkan nombor telefon orang tempatan di sana. Bukan apa, sekiranya berlaku apa-apa anda mempunyai orang untuk dihubungi dan bertanyakan sebarang maklumat.

6. Cari teman punya minat yang sama

Sediakan dokumen yang lengkap sebelum memburu hartanah. Kalau boleh anda sediakan dokumen sokongan yang lengkap terus. Pegawai bank yang nak proses permohonan anda pun senang hati. Antaranya :

Ada orang cakap dengan mengembara anda ada dapat mengenali kawan ataupun teman yang pergi bersama dengan anda. Oleh itu seeloknya anda berdua perlu mempunyai minat yang sama jadi tidak timbul sebarang perbalahan aktiviti atau tempat mana yang hendak dituju.

7. Cuba tidak berhubung dengan Internet

Sesekali apabila pergi ke tempat orang cuba anda elakkan daripada melayari Internet dan sosial media. Dari situ anda akan lebih menghayati perjalanan yang anda lalui.

8. Bertemu keluarga dan saudara-mara

Mungkin ada ahli keluarga dan saudara mara yang tinggal berhampiran tempat yang anda hendak pergi. Apa kata luangkan sedikit masa untuk menziarahi mereka dan mengeratkan ikatan kekeluargaan.

9. Melancong ketika bekerja

Bagi sesetengah orang kerja mereka yang membuatkan mereka dapat melancong dan mengembara ke tempat orang. Apabila anda dihantar bekerja ke luar negara tidak bermaksud anda perlu menghabiskan sepenuhnya masa dengan urusan kerja sahaja. Cuba buat rancangan ketika masa cuti untuk melawat beberapa tempat menarik di negara yang anda sedang bekerja itu.

10. Just do it

Ada yang menunggu sehingga waktu yang sesuai untuk pergi mengembara dan kerap kali juga perancangan tertunda kerana urusan kerja dan sebagainya. Kadang-kala terlalu banyak berfikir akan menjadi penghalang untuk merealisasikan impian anda. Jadi, apa kata pergi sahaja travel!

      Baca : 6 Petua Berkesan Untuk Masalah Rabun Mata

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Lihatlah bagaimana cara hidup orang setempat dan mereka punya budaya tertentu seperti sikap menjaga kebersihan. Jangan pulang dari travel sekadar dengan gambar swafoto penuh di album. Perkara baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan.

- Daku Amat
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: