4 Tip Untuk Memastikan Waktu Travel Anda Digunakan Secara Maksimum


Bila mana pergi melancong atau melawat ke sesuatu kawasan, sudah semestinya kita menginginkan percutian tersebut adalah yang terbaik. Ini kerana, bukan selalu dapat melancong, lebih-lebih lagi pergi ke luar negara. Mungkin hanya sekali seumur hidup dapat melawat ke negara tersebut.

Dalam memastikan perkara sebegitu dapat dimanfaatkan sebaik mungkin, anda perlu membuat 'research', atau membandingkan beberapa 'itinerary' yang telah dikongsikan oleh orang lain. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda merancang perjalanan dengan lebih teliti.

Tetapi bukan itu sahaja yang anda perlu lakukan, terdapat beberapa perkara lain yang anda harus pertimbangkan juga. The JetSetters berkongsi beberapa tip yang anda boleh ikuti supaya percutian anda lebih padat dengan tempat yang perlu dilawati sesuai dengan masa yang ada.

Bila mahu merancang untuk melawat sesuatu tempat, tentu kita akan tertanya-tanya "Apa yang menarik di sini?" Selain dari baca pengalaman orang lain atau 'copy itinerari', dikongsikan di bawah ini beberapa tip agar trip yang dibuat lebih bermakna.

Berikut 4 tip untuk memastikan waktu travel anda digunakan maksimum :

1. Tentukan destinasi dan buat carian di internet

Anda boleh merujuk pada Trip Advisor dan dapatkan 'review traveler' lain di sana. Review amat penting terutama kalau kita hanya ada masa dan sumber yang terhad.

2. Gunakan Google Map

Periksa lokasi tempat tujuan dengan Google Map. Tempat yang berdekatan, kita boleh lawat sekaligus. Ketahui info serba sedikit tentang tempat-tempat tersebut agar kita boleh 'estimate' berapa lama masa paling optimum untuk berada di situ.

3. Kaji jarak dan tempat menarik di sekitar

Sekiranya tempat tujuan adalah jauh dari tempat kita memulakan perjalanan, katakan dari London nak ke Stratford Upon-Avon (tempat Shakespeare) dengan berkereta, sila gunakan Google Map. Kita akan nampak dengan jelas bahawa kita bakal melalui Oxford dan Bicester, atas sikit adalah Birmingham dan Coventry. Rancang betul-betul, daripada satu destinasi kita sudah dapat melawat lima tempat.

4. Ketahui aktiviti menarik

Gunakan Google untuk ketahui tempat-tempat dan aktiviti menarik di sekitar destinasi lawatan tetapi jarang disebut. Simpan alamat atau lokasi tempat-tempat tersebut supaya senang kita hendak cari nanti.

Buat 'study' jangan malas atau cuma harap pada jadual perjalanan orang yang sudah pernah sampai saja. Kadang-kadang (most of the time) tempat yang orang jarang sebut itulah yang menyeronokkan. Happy hunting! -
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: