Sebelum tidur, bebaskan (bersihkan) diri dari hadas besar dan kecil. Dalam keadaan berwudhuk jika hadas kecil dan telah mandi wajib jika berhadas besar.
Sebaiknya dirikan solat Taubat dan solat Hajat, 2 rakaat. Mohon kepada Allah agar diberi petunjuk yang diinginkan. Sama ada jodoh, rezeki atau masalah-masalah lain yang sedang dihadapi.
Selepas melakukan adab-adab tidur sedia ada, maka lakukan kaedah di bawah :
1. Dizikirkan يا خبير يا بصير sebanyak 118 kali.
2. Di tempat pembaringan, hendaklah dibacakan surah Al Fatihah 1 kali, dengan ulangan ayat 4 (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ) sebanyak 11 kali bersertakan doa di dalam hati.
3. Dibacakan surah Al Mulk, ayat 14, (أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ) sebanyak 13 kali.
4. Baring di rusuk kanan.
5. Sebelum lelap, dizikirkan asma Allah يا خبير يا بصير sehingga lelap.
6. Dilakukan sebaiknya 7 malam berturut-turut.
Insya Allah, akan diperlihatkan Allah s.w.t akan barang yang diizinkan perlihat akan-Nya. Sebaiknya, setelah peroleh isyarat, dirujuk semula dengan ustaz mursyid yang lebih arif sebelum membuat keputusan akan benar atau salahnya.
Wallahu 'alam.