7 Tips Tingkatkan Jumlah Sperma Lelaki


Ramai lelaki mengeluh jumlah dan kualiti sperma mereka kurang kental. Jika ingin isteri cepat hamil, masalah ini perlu segera diatasi dengan langkah yang tepat.

Berikut 7 langkah mudah membuat sperma menjadi melimpah dan berkualiti :

1. Berhenti merokok

Jika anda berusaha keras untuk meningkatkan jumlah sperma dengan rawatan teratur, jangan biarkan semua sia-sia kerana merokok. Tembakau terdiri dari racun seperti ammonia, tar, karbon monoksida, logam, arsenik yang menyebabkan kesan buruk terhadap jumlah sperma.

2. Elakkan memakai seluar dalam ketat

Testis perlu suhu yang sejuk untuk menjaga jumlah sperma tetap normal. Suhu terlalu panas pada seluar dalam boleh membawa pengeluaran sperma rendah. Jadi, elak pakaian ketat untuk menjaga pengeluaran sperma.

3. Elak stres berlebihan

Stres adalah keadaan yang boleh mempengaruhi jumlah sperma. Jadi, mulai dari sekarang anda perlu mengurangkan tekanan agar pengeluaran sperma melimpah. Selain itu, stres juga boleh menjejaskan ereksi, sehingga harus dielakkan.

4. Terlalu sering masturbasi

Seringkali seorang lelaki mengeluh sperma mereka terlalu jernih dan berair. Namun, sayangnya lelaki tidak menyedari dan mengetahui apa penyebabnya. Padahal, hal ini disebabkan oleh terlalu kerap masturbasi.

Selain itu, terlalu kerap melancap juga membuat sperma kurang kental, begitu juga jika setiap hari berhubungan seks. Agar sperma lebih kental dan berkualiti, anda harus mengelakkan masturbasi setiap hari.

5. Makanan sihat

Kebiasaan makanan anda boleh mempengaruhi jumlah sperma. Makanan berminyak, makanan manis, dan minuman berkafein boleh menghalang jumlah sperma dan kualitinya. Jadi, elakkan kebiasaan makanan seperti ini dan beralih kepada yang lebih sihat. Cukup memakan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk menjaga kesuburan anda.

6. Sukan dengan teratur

Bersenam setiap hari, sekurang-kurangnya selama 30 minit untuk meningkatkan kesuburan. Selain itu, sukan juga dapat mengurangkan stres dan membuat daya tahan terhadap penyakit lebih kuat.

7. Mencegah dehidrasi

Disyorkan oleh para ahli, setiap orang perlu minum 4 liter air dalam sehari untuk menjaga jumlah sperma. Selain itu, smoothie buah-buahan dan yogurt juga membantu dalam meningkatkan jumlah sperma.

Satu perkara yang pasti, lelaki harus elak minum minuman berkafein terlalu kerap yang boleh menurunkan kualiti dan bilangan sperma.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: