Memiliki perut rata menawan adalah dambaan kebanyakan orang. Sebenarnya mendapatkan perut rata ini tidaklah sesukar yang anda fikirkan.
Ikuti 6 tips berikut ini agar anda berjaya mempunyai perut rata menawan :
1. Jangan tidak makan
Jika anda mengunyah makanan ringan yang sihat di antara jam makan tengahari, ini membuat kadar gula darah menjadi rendah. Ini dapat menjaga kesihatan sehingga tidak memunculkan lemak di sekitar perut.
2. Mengunyah
Anda harus mengunyah setiap gigitan sekurang-kurangnya 30-40 kali. Jika tidak mengunyah makanan dengan baik dan tepat, ini akan memberikan tekanan tambahan pada perut.
3. Lebih fokus pada diet dan kardio
Untuk menjaga perut rata, fokuslah pada diet sihat dan senaman kardiovaskular, seperti berlari, berjalan, berbasikal dan banyak lagi. Jika anda ingin hasil yang baik, fokus pada dua hal ini dibandingkan dengan melakukan sit-up.
4. Hadkan garam
Alasan di sebalik anda rasa perut kembung adalah pengambilan garam berlebihan. Jadi, hadkan pengambilan garam dan pilihlah garam yang rendah natrium untuk masakan.
5. Makan dengan pinggan kecil
Perhatikan hidangan makan anda, kerana ini sangat penting ketika anda ingin membakar lemak. Gunakan pinggan kecil agar hidangan makan tidak berlebihan.
6. Menjaga hidrasi
Pastikan diri anda terhidrat sepanjang hari, minum 7-8 gelas sehari adalah kemestian. Selain itu, bersihkan sistem pencernaan anda dengan secangkir air jus lemon panas.