Bila kali terakhir anda berkata kepada isteri; “Sayang, kamu kelihatan lebih cantik”? Tahukah anda ungkapan seperti itu sangat bermakna sekali bagi seorang isteri?
Jangan menunggu sehingga isteri bertanya; “Bagaimana penampilan saya?” Jauh di lubuk hati dia mengharapkan pujian spontan dari anda. Sebagai suami berilah pujian kepada isteri anda kerana itu memang haknya sebagai isteri. Kalau anda suaminya tidak memuji isteri, lelaki mana lagi akan memujinya?
Berikut ini cara membuat isteri rasa lebih cantik :
1. Mulakan hari dengan pujian
Apabila anda bangun di pagi hari dan melihat rambutnya kusut, hargai dirinya. Sentuh pipinya dan katakan padanya betapa lucunya dia. Biarkan dia tahu bahawa hanyalah dia satu-satunya wanita di hati anda.
2. Biarkan dia tahu ada sesuatu membuatmu kagum
Apa yang membuat anda tertarik padanya? Adakah matanya yang indah? Jika demikian, katakan padanya betapa terpesonanya anda melihat matanya sehingga membuat jantung berdegup tidak keruan.
3. Buat dia yakin anda ikhlas memuji
Bertahan jika dia menolak pujian jika anda jarang memuji, isteri akan menganggap anda bergurau. Untuk itu, lelaki harus bertahan dan benar-benar meyakinkan isteri bahawa pujian anda tulus ikhlas. Pegang tangannya sehingga dia rasa yakin.
4. Berhenti goda wanita lain
Jika anda sering melihat dan komen tentang bagaimana indahnya wanita lain, mulalah mengubah fokus anda. Wanita ada waktu untuk membandingkan dirinya dengan wanita lain yang menurut suaminya lebih cantik.
5. Guna pihak ketiga memuji
Jika pujian anda masih belum cukup, guna orang lain untuk membantu. Misalnya, dengan berkata, “Cuba lihat, isteriku cantik sekali malam ini bukan?”