5 Kata-Kata Popular Wanita Yang Tidak Disukai Lelaki


Komunikasi dalam sesebuah perhubungan itu sememangnya sangat penting, namun bukan bermakna anda boleh begitu saja mengatakan apa yang terlintas di fikiran.

Kadang-kadang kata-kata yang remeh boleh menyinggung perasaan pasangan kita. Oleh itu, sebaiknya jangan menyebut 5 kata-kata di bawah ini di hadapan seorang lelaki.

Berikut 5 kata-kata wanita yang tidak disukai lelaki :

1. “Suami/kekasih saya juga buat benda yang sama.”

Walaupun anda bermaksud memujinya, tetapi tidak ada seorang lelaki pun yang suka dibanding dengan orang lain oleh pasangannya.

2. “Kamu tahu tak...?”

Anda mungkin sering menggunakan kata-kata ini apabila imgin mula membuka bicara untuk gosip dengan sahabat. Fahamilah, lelaki sebenarnya tidak tertarik pada gosip di antara wanita.

3. “Jika kita nikah nanti...”

Tidak apa sekali-sekala berkhayal. Namun, ada sesetengah lelaki yang tidak ingin terburu-buru membincangkan soal masa hadapan.

4. “Kamu fikir dia cantik tak?”

Lelaki boleh jadi serba salah dibuatnya dengan soalan ini. Jika menjawab “ya”, anda pasti cemburu. Namun, apabila dia menjawab “tidak”, anda biasanya menuduh dia tidak jujur.

5. “Terpulang!" dan “Saya tak apa-apa.”

Semua lelaki tahu bahawa kata-kata ini selalu digunakan untuk menutup sesebuah pembohongan. Lelaki lebih suka anda jujur dari menggunakan dua kata-kata tersebut.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: