Ada cara nak cari duit RM10,000 sebulan tanpa modal besar menerusi berniaga. Perniagaan ini sesuai untuk mereka yang dibuang kerja, mahasiswa yang menganggur, suri rumah, pemuda lepasan SPM atau seumpamanya.
Berikut senarai 6 perniagaan modal rendah tapi beri pulangan besar :
1. Berniaga buah potong menggunakan motorsikal
Keuntungan biasanya 50%-60% daripada modal. Katakan RM1 satu plastik, kena target jual 600 plastik sehari, cari port orang ramai seperti depan sekolah, depan masjid, kawasan pejabat atau kilang.
Paling koman anda akan dapat RM350 sehari, darab 30 hari = RM10,500. Gunakan motosikal atau kereta untuk senang bergerak mencari port orang ramai.
2. Khidmat potong rumput
Guna pekerja 2 orang dengan gaji RM130 sehari termasuk minyak mesin, upah satu halaman rumah biasa sekitar RM 60, kerja hanya 2 jam sebuah laman.
Tugas kita hanya perlu angkat iklan di kawasan perumahan, deal pelanggan, ambil hantar pekerja dan kutip duit. Sehari kena gigih cari 5 buah rumah untuk seorang pekerja, jadi kita akan dapat sehari RM340 darab 30 hari = RM10,200.
3. Menjual nasi RM 4 di kawasan penduduk ramai
Buat iklan Facebook untuk orang sekitar, mustahil tidak dapat buat jualan 150 bungkus sehari dengan keuntungan biasa jualan nasi ialah 60%, jadi sehari bersih dalam tangan ialah RM360 darab 30 hari = RM10,800. Sediakan juga dengan khidmat penghantaran.
4. Jual air RM 1 secawan depan sekolah
Biasanya masa pelajar pulang (2 kali sehari) iaitu sekolah biasa pada pukul 1 hingga 2 petang dan sekolah agama pukul 5 hingga 6 petang. Menjual 300 cawan untuk satu sesi itu bukan perkara yang mustahil, sehari paling tidak kita akan dapat RM 600 kasar.
Rata-rata penjual air beritahu margin untung bersih jual air adalah sekitar 80%, jadi sehari kita akan dapat RM480 darab 21 hari persekolahan sebulan = RM10,080.
5. Berniaga apam balik
Berniaga apam balik di pasar malam keuntungan juga 80%. 4 kali seminggu dengan jualan 400 keping apam balik setiap malam yang berharga RM 2 sekeping. Sebulan = jualan kasar rm12,800 tolak modal 20% (RM2,560) = RM10,240.
6. Jadi agen jualan produk
Jadi agen jualan produk, pilih yang laku keras bulan itu, ini kerana kebanyakan produk bermusim. Cari yang menawarkan keuntungan melebihi RM50/item.
Jual guna FB Ads (tak tau guna FB Ads pergi belajar). Sehari letak kos iklan RM 80. Push sale sekurang-kurangnya 11 item close deal. Setiap hari akan ada orang bank in sebanyak RM550. Tolak kos harian iklan RM 80 dan bayaran pos RM 110. Bersih RM360 darab 30 hari = RM10,800.
Kesimpulan
Ada banyak lagi perniagaan yang hanya memerlukan modal sedikit tetapi pulangan lumayan tapi cukuplah 6 jenis ini dahulu.
Namun ingat, tak semua perniagaan ini sesuai dengan anda. Anda perlu pilih, ubahsuai dan serasikan dengan diri anda. Semua pengiraan dari segi modal dan keuntungan adalah tidak tepat kerana harga berbeza mengikut masa dan tempat.