11 Petua Berkesan Hilangkan Kahak


Macam-macam penyakit mudah menyerang sekarang, paling biasa seperti batuk dan selesema berkahak. Ini yang paling tak tahan. Kalau orang dewasa pun tak tahan apatah lagi kalau bayi.

Berikut 10 petua berkesan menghilangkan kahak :

1. Menyedut stim untuk melonggarkan kahak

Stim atau Wap panas adalah cara yang paling mudah dan berkesan. Cuma gunakan air dan halakan wap atau stim ke muka anda atau bayi anda. Stim adalah amat panas, lapiskan kain napkin yang nipis untuk pastikan stim tidak terus menghala ke muka anda atau bayi anda. Sambil itu tepuk-tepuk belakang bayi dengan perlahan dengan tujuan nak longgarkan kahak dan lebih mudah disingkirkan melalui najis bayi.

2. Minum madu bersama air suam

Madu adalah makanan sunnah yang bersifat antioksidan yang kuat dan anti-inflamasi. Bancuhkan sedikit madu bersama air suam dan minum setiap hari sehingga kahak anda hilang. Ianya membantu merawat tekak anda yang sedang perit dan membunuh bakteria yang terdapat pada kahak.

3. Berkumur dengan air garam

Bancuhkan sesudu kecil garam masakan yang ada di dapur dengan air suam. Kumurkan dan pastikan anda kumur juga pada tekak anda. Ulang semula sehingga air garam anda habis. Lakukan setiap hari sehingga tekak anda akan lebih baik. Larutan garam membantu membunuh kuman penyebab batuk dan sakit tekak anda.

4. Minum jus nenas segar

Buah nenas mengandungi sejenis enzim proteolitik yang dipanggil bromelain. Bromelain membantu sistem pencernaan dan juga mencairkan darah. Kajian menunjukkan pengambilan makanan mengandungi bromelain seperti nenas membantu mengurangkan kahak. Minum 2 gelas jus nenas segar sehari selama dua hingga tiga minggu.

5. Makan makanan yang pedas

Makanan pedas bertindak sebagai natural decongestant, yang mampu melegakan tekak anda di mana ia membantu menguraikan kahak yang terkumpul di belakang tekak anda. Contoh seperti cili cayenne membantu mengurangkan kahak yang menghalang di belakang tekak. Selain itu makanan pedas juga meningkatkan aliran darah dan oksigen pada tekak. Ini juga membantu mengurangkan kahak pekat di tekak anda.

6. Minum larutan kunyit suam

Serbuk kunyit terkenal dengan sifat anti-inflamasi di mana ia membantu mengurangkan kebengkakan membran mukus. Ini amat membantu dalam menghalang pembentukan kahak. Serbuk kunyit juga membantu meningkatkan fungsi pundi hempedu. Kajian menunjukkan fungsi pundi hempedu yang dipertingkatkan dapat mengurangkan penghasilan kahak yang pekat.

Larutkan 1/2 sudu teh serbuk kunyit di dalam segelas air suam. Hirup perlahan-lahan bagi membenarkan ia mengurangkan kahak yang terkumpul.

7. Minum teh bunga Chamomile

Teh chamomile membantu melegakan tekak yang luka akibat inflamasi yang boleh menjadi punca terjadinya kahak. Minuman ini juga boleh meredakan membran mukosa yang perit. Caranya mudah saja. Masukkan 1-2 sudu teh bunga chamomile kering ke dalam air panas. Rendamkan bunga tersebut selama 5 minit. Tapiskan dan masukkan ke dalam cawan teh dan minum dengan perlahan-lahan. Biarkan ia meresap ke dalam tekak anda.

8. Makan bawang putih mentah

Makan beberapa ulas bawang putih mentah terbukti membantu merawat kahak pada tekak. Kandungan sulfur di dalam bawang putih membantu melonggarkan kahak yang pekat. Sifat semulajadinya membantu mengeluarkan kahak yang berlebihan dari dalam tekak. Mereka yang mengalami kahak yang banyak boleh kunyah 2-3 ruas bawang putih mentah semasa perut kosong.

9. Minum air kosong banyak

Pastikan pengambilan air kosong 6-8 gelas sehari membantu mengurangkan pembentukan kahak. Air juga membantu menyingkirkan kahak yang berlebihan yang terkumpul di belakang tekak. Sebaiknya, minum 2 liter air suam untuk bersihkan kahak.

10. Minum air asam jawa

Masukkan asam jawa ke dalam cawan berisi air suam dan kacaukan. Selepas itu, minum air asam jawa tadi untuk melegakan tekak dan mencegah kahak berkumpul.

11. Menggunakan bawang besar

Menurut amalan tradisional, satu cara yang berkesan untuk mengeluarkan kahak ialah dengan menggunakan bawang besar. Caranya, ambil 2 biji bawang besar yang dibuang kulitnya. Setelah itu, tumbuk atau kisar (blend) sampai hancur dan tapis untuk ambil airnya.

Amalkan minum 3 sudu besar sebanyak dua kali sehari selama dua hari berturut-turut. Insya Allah, kahak akan lebih mudah keluar.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: