6 Bahaya Jika Tidur Terlalu Lama


Tidur memainkan peranan sangat besar dalam kesihatan tubuh badan. Namun, tidur terlalu lama atau berdurasi lebih dari 7-9 jam boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Berikut ini 6 risiko yang anda dapat bila terlalu banyak tidur :

1. Risiko Kemurungan

Dalam kajian pada tahun 2014, penyelidik mendapati tidur dalam jangka waktu lama boleh meningkatkan gejala kemurungan pada seseorang. Para peserta yang terlibat dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama tidur antara 7-9 jam mempunyai gejala kemurungan 27 peratus manakala kumpulan kedua yang tidur lebih dari 9 jam, mempunyai 49 peratus kepada kemungkinan mempunyai gejala kemurungan.

2. Merosakkan Otak

Kajian pada tahun 2012 yang membuat penelitian pada wanita lanjut usia, tidur terlalu lama atau terlalu sedikit boleh memburukkan lagi fungsi otak. Wanita yang tidur lebih dari 9 jam setiap malam atau kurang daripada 5 jam, terlihat perubahan di otak mereka yang sama dengan otak yang lebih tua 2 tahun.

3. Sukar Hamil

Penyelidik dari Korea menganalisa kebiasaan tidur lebih dari 650 wanita yang sedang menjalani vitro fertilization pada 2013. Mereka mendapati bahawa tahap kehamilan wanita yang tidur 7-8 jam lebih tinggi berbanding wanita yang tidur selama 9-11 jam setiap malam. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak dapat mencari punca sukar hamil ini walaupun kebiasaan tidur boleh menukar rentak circadian - pengeluaran hormon dan kitaran haid namun tidak boleh dikaitkan dengan kesuburan.

4. Berat Badan Naik

Sebuah kajian di Quebec mencatat terhadap anak muda dalam jangka waktu 6 tahun, mereka yang tidur sedikit dan atau terlalu lama boleh naik berat badan berbanding dengan orang-orang yang tidur 7-8 jam setiap malam. Mereka yang tidur 9-10 jam setiap malam, 25 peratus naik berat badan hingga 5 kilogram, walaupun orang tersebut sangat berhati-hati dalam makanan yang dimakan dan aktif dalam aktiviti fizikal.

5. Merosakkan Jantung

Kajian yang dibentangkan oleh American College of Cardiology pada 2012, menunjukkan bahawa tidur selama 8 jam atau lebih setiap malam mempunyai hubungan yang sangat erat dengan peningkatan risiko terkena penyakit jantung. Para penyelidik menganalisis data dari 3,000 orang dan mendapati bahawa mereka yang tidur terlalu lama lebih mudah terdedah kepada penyakit jantung koronari.

6. Kematian

Hasil review dari 16 kajian yang berbeza sepanjang 2012 mendapati bahawa risiko kematian dengan pelbagai penyebab meningkat, baik dari mereka yang tidur terlalu singkat dan mereka yang tidur terlalu lama. Tidur lebih dari 8 jam boleh terdedah kepada risiko kematian 1-3 kali lebih mudah berbanding mereka yang tidur dengan jam tidur normal.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: