Pengaruh Warna Cat Di Bilik Tidur


Kerap merasa sukar tidur dan gelisah apabila membaringkan badan di atas katil? Apa kata anda cuba menukar warna cat dalam bilik tidur anda.

Ini kerana satu kajian yang dilakukan oleh Travelodge yang meneliti kaitan warna cat dinding dengan kualiti tidur pada dua ribu rumah di Inggeris, mendapati bahawa mereka yang memiliki dinding bilik tidur berwarna menenangkan seperti kuning, biru atau hijau, memperoleh kualiti tidur paling baik.

Berikut adalah jumlah jam tidur yang seharusnya anda dapatkan dengan warna cat yang melatari dinding bilik tidur anda :

1. Biru : 7 jam 52 minit

2. Kuning : 7 jam 40 minit

3. Hijau : 7 jam 36 minit

4. Silver : 7 jam 33 minit

5. Oren : 7 jam 28 minit

6. Merah : 6 jam 58 minit

7. Emas : 6 jam 43 minit

8. Kelabu : 6 jam 12 minit

9. Coklat : 6 jam 05 minit

10. Ungu : 5 jam 56 minit

Jadi mulai saat ini, jika anda sedang berfikir untuk mendekorasi sebuah bilik tidur minimalis, hendaklah anda mempertimbangkan pemilihan warna cat bilik tidur yang memang menjadi salah satu aspek penting.

Kita ketahui warna memang menjadi salah satu element yang mampu mempengaruhi suasana hati dan emosi, kerana dengan pemilihan warna yang tepat akan berdampak cukup positif bagi anda dalam berpersepsi, berfikir dan bagaimana anda bereaksi. Oleh sebab itu dalam memilih desain kamar tidur, anda juga harus memikirkannya secara matang sehingga hasil akhir yang didapat akan sesuai keinginan anda.

Warna cat bilik tidur memang menjadi salah satu elemen yang sering disorot oleh para desainer interior diseluruh dunia, kerana selain mampu mempengaruhi psikologi manusia, warna juga dapat membuat sebuah bilik tidur dengan ruangan sempit menjadi kelihatan lebih luas.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: