Diet sihat sangat penting sepanjang kehamilan, sehingga anda harus memberi perhatian kepada pengambilan makanan yang hendak dimakan. Satu pengambilan yang harus ada dalam menu diet selama kehamilan adalah tembikai. Kenapa? Ini kerana makan tembikai semasa kehamilan memberi banyak manfaat kesihatan kepada ibu hamil.
Berikut ini 7 keajaiban makan tembikai semasa hamil :
1. Mengurangkan risiko kejang otot
Kejang otot adalah masalah yang sering dialami oleh wanita hamil. Oleh itu, wanita hamil perlu makan tembikai secara rutin. Tembikai adalah sumber yang kaya kalium dan magnesium yang akan membebaskan wanita hamil dari kekejangan otot, terutama selepas trimester ketiga.
2. Melegakan pedih ulu hati
Pedih ulu hati adalah salah satu masalah yang sering dialami oleh bakal ibu. Namun, anda tidak perlu bimbang kerana tembikai adalah ubat paling mujarab untuk mengatasi pedih ulu hati selama kehamilan.
3. Mengalirkan toksin
Ada banyak alasan wanita hamil perlu makan tembikai semasa kehamilan. Kandungan air yang tinggi pada tembikai membantu menghilangkan toksin dari tubuh wanita hamil dan mencegahnya mengalami rasa keletihan.
4. Sumber vitamin
Tembikai mengandung vitamin A dan C serta nutrisi lain. Tidak ada keraguan bahawa vitamin ini sangat penting bagi bakal ibu. Jadi, makan 3 hidangan tembikai setiap hari sempurna bagi wanita hamil.
5. Sumber B6 dan magnesium
B6 dan magnesium adalah nutrisi yang diperlukan oleh seorang wanita hamil untuk kesihatan bayi dalam kandungannya. Jadi, hal ini adalah sebab mengapa wanita hamil perlu mengambil tembikai setiap hari.
6. Tubuh terhidrasi
Mengambil tembikai selama kehamilan dapat membantu menjaga tubuh setiasa terhidrasi. Selain itu, tembikai adalah buah yang membantu menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh dan sangat penting untuk penghidratan.
7. Kaya lycopene
Tembikai adalah buah yang kaya lycopene. Oleh itu, makan tembikai secara rutin dapat mengatasi "morning sickness" dan rasa mual ketika hamil. Selain itu, kajian perubatan telah menunjukkan bahawa lycopene mengurangkan risiko pre-eklampsia (disebut juga toksemia, adalah ketika seorang wanita hamil mengembangkan tekanan darah tinggi) untuk wanita hamil dan bayi.
Baca : 7 Tip Jaga Solat Bagi Ibu Ada Anak Kecil
Semasa kehamilan ada masa-masa tertentu bakal ibu akan rasa mengidam hendak makan sesuatu makanan. Ada baiknya jika buah tembikai dimasukkan dalam menu yang anda mengidamkan. Dengan ini anda akan memperolehi keajaiban manfaatnya di sepanjang lebih 9 bulan kehamilan anda.
- Daku Amat