Kerap membersihkan wajah sebelum tidur sebenarnya tidaklah membuat wajah bebas dari jerawat seperti anggapan ramai. Bantal atau lebih tepatnya sarung bantal (atau bantal busuk), yang menjadi teman setia ketika tidur menyimpan bahaya lebih besar kepada kulit wajah anda.
Menurut Dr. David E. Bank, pengarah dan pengasas Center for Dermatology, Cosmetic & Laser Surgery, selain perkara lain yang boleh memindahkan kotoran dan minyak ke kulit, sarung bantal juga boleh menyebabkan jerawat timbul.
Acne mechanica, merupakan sejenis jerawat yang terhasil dari material atau benda yang menyentuh wajah. Bila sarung bantal tidak dicuci dan diganti secara berkala, kotoran dan minyak terkumpul yang berasal dari sekitar lingkungan bantal termasuk kotoran dari kulit dan rambut yang akan melekat kembali ke kulit anda.
Ramai yang salah tanggapan, jika penyebab kulit terdedah jerawat ini disebabkan sarung bantal yang diperbuat daripada kain satin. Menurut Dr. Bank lagi, ini tidaklah betul. Walau apapun bahan buatan, sarung bantal akan menampung kotoran dan peluh bila tidak dibersihkan secara berkala.
Selain kotoran yang terkumpul, bahan kimia yang digunakan untuk mewarnai sarung bantal juga mengandungi sebatian kimia yang berbahaya.
3 tips untuk mencegah wajah agar tidak diganggu jerawat
1. Cuci wajah setiap hari sebelum tidur
Untuk mengurangkan risiko penumpukan kotoran, cucilah wajah anda setiap hari sebelum tidur. Secara rutin rawat wajah anda dengan beauty treatment yang terbaik.
2. Gunakan sarung bantal diperbuat daripada bahan semulajadi
Bahan ini lebih baik dan memindahkan lebih sedikit minyak. Juga, bila menggunakan ubat jerawat yang mengandungi benzoyl peroxide atau retinol, produk ini boleh melekat pada sarung bantal.
3. Cuci sarung bantal anda 2-3 kali seminggu
Ini memastikan kotoran dan minyak tidak melekat pada sarung bantal. Dr. Bank menambah, cecair pelembut pakaian mengandung sisa wax yang boleh menyumbat liang pori-pori anda. Elakkan juga cecair pelembut yang mengandungi aroma minyak wangi.
3 Tips untuk merawat wajah agar tidak diganggu jerawat degil
Munculnya jerawat di wajah adalah perkara paling menjengkelkan. Sebabnya, perkara tersebut boleh merosakkan kecantikan wajah anda. Walaupun begitu, anda tidak perlu bimbang kerana kini ada 3 tips untuk merawat wajah agar tidak diganggu jerawat degil.
1. Penghidratan Kulit
Penghidratan kulit setiap hari adalah perkara penting. Caranya pun mudah, anda hanya perlu meminum banyak air kosong untuk menghidrasi kulit.
2. Pemakaian Minyak
Pemakaian minyak secara rutin juga dapat membantu mengurangkan jerawat. Pilihlah seperti minyak kelapa atau zaitun untuk wajah anda.
3. Exfoliation
Sesekali kunjungi klinik kecantikan untuk melakukan rawatan exfolition. Rawatan tersebut akan membantu anda untuk mengangkat sel-sel mati di wajah anda.