Kalau hendak nampak cantik biar seimbang dalam dan luar. Tambahan pula bagi wanita yang sudah mempunyai anak. Semua perlu dijaga, dari pemakanan, rawatan kulit, rambut, pengambilan vitamin tambahan dan paling penting amalan petua untuk kesihatan untuk jangka masa panjang.
Jadi, untuk terus menjaga bab dalaman wanita, anda perlu tahu begitu luar biasanya khasiat beberapa minuman ini, jom cuba!
1. Kunyit Bantu Kecutkan Rahim
Bahan-bahan :
1 - 2 ketul kunyit.
2 - ½ ketul halia.
3 - 2 batang serai.
4 - ½ ketul lengkuas.
5 - ½ ketul temukunci.
6 - Sedikit garam.
7 - Air satu liter.
Cara membuat :
1 - Kisar semua bahan ini sehingga hancur.
2 - Masak dengan air selama 40 minit hingga 1 jam.
3 - Minum segelas kecil sehari.
Khasiat :
Sesuai diamalkan untuk ibu selepas melahirkan anak kerana ia membantu mengecutakan rahim di samping membanyakkan susu.
Kunyit juga bagus untuk masalah kulit. BACA: Tepis Masalah Kulit Dengan 3 Bahan
2. Halia Buang Angin Dalam Badan
Bahan-bahan :
1 - 2 ketul halia} dihiris nipis atau diketuk.
2 - 2 uncang teh.
3 - Gula perang secukup rasa.
4 - Air.
Cara membuat :
1 - Rendam teh dalam satu jag air panas sehingga kembang.
2 - Masukkan halia diikuti dengan gula perang. Kacau sehingga sebati.
3 - Boleh diminum dua gelas kecil sehari.
Khasiat :
Membuang angin dalam badan, membantu menghilangkan stres dan membuatkan anda lebih relaks.
3. Kurma Bekalkan Tenaga
Bahan-bahan :
1 - 5 biji kurma.
2 - 1 gelas susu segar.
3 - 1 sudu madu.
Cara membuat:
1 - Kisar semua bahan ini sehingga kurma hancur.
2 - Minum sehari sekali, sangat elok diamalkan ketika perut kosong.
Khasiat :
Membuatkan badan cergas dan menaikkan seri wajah. Ia juga membanyakkan susu di samping melembapkan kulit.
4. Delima Bantu Kurangkan Kolestrol
Bahan-bahan :
1 - ½ sudu teh jus delima.
2 - 1 sudu besar madu.
3 - 1 gelas air suam.
Cara membuat :
1 - Kacau semua bahan ini sehingga sebati. Minum sekali sehari.
Khasiat :
Delima dikatakan sangat baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kolestrol dan lemak dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Ia juga membekalkan vitamin yang membantu kulit agar tampak lebih berseri serta cerah.
5. Gabungan Herba Pulihkan Bahagian Intim
Bahan-bahan :
1 - 1 ulas bawang putih} ditumbuk.
2 - 7 biji lada hitam} ditumbuk.
3 - 1 inci halia} ditumbuk.
4 - 2 inci ibu kunyit} ditumbuk.
5 - 1 sudu besar madu.
6 - 1 biji telur ayam kampung.
Cara membuat :
1 - Pecahkan telur di dalam cawan.
2 - Masukkan bahan yang ditumbuk diikuti dengan telur.
3 - Kemudian, masukkan madu. Kacau sehingga sebati.
4 - Minum segelas sehari selama tiga hari berturut-turut terutama untuk ibu selepas melahirkan cahaya mata.
Khasiat :
Memanaskan badan, memberi tenaga dan memulihkan kecantikan serta kesihatan dalaman wanita.