5 Persoalan Sebelum Memilih Bakal Suami


Gagal berkali-kali dalam hubungan? Sudah tiba masanya anda tidak boleh gagal lagi. Apabila ada lelaki yang anda sukai atau ada lelaki yang memberi perhatian (tertarik) kepada anda, cuba yakinkan diri sebelum memilih dirinya sebagai suami.

Untuk meyakinkan perkara itu, anda hanya perlu mengajukan soalan yang perlu dijawab oleh diri sendiri. Berikut senarai soalan penting untuk diri sendiri apabila memilih suami.

1. Selesakah berada di sisinya?

Selesa dengan dirinya dan persekitaran di sekelilingnya itu penting. Ketika bersama dia anda harus rasa tenang. Dia harus boleh membuat anda rasa selesa dalam semua keadaan.

2. Adakah ingin mempunyai anak?

Jika anda berdua bersetuju menginginkan anak, maka sesuai menjadi pasangan. Tapi jika sedang berjauhan, hubungan tak boleh dipaksa ke gerbang perkahwinan.

3. Adakah ingin menjalani hidup bersama?

Jika anda ingin hidup di negara sendiri dan si dia pula di Eropah, tentu ini menjadi masalah. Calon pasangan suami isteri harus mempunyai tujuan tempat tinggal bersama.

4. Yakinkah dengan dia?

Jika anda selalu bimbang dia berlaku curang, jangan teruskan hubungan. Adakah anda mahu selalu rasa was-was ketika berjauhan?

5. Adakah dia ada setiap kali diperlukan?

Orang yang tepat selalu ada ketika diperlukan. Tak peduli pada bila-bila masa anda memerlukannya.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: