Dalam sunnah pasti ada kejayaan manakala di luar sunnah tiada jaminan kejayaan.
Menurut ulama sunnah ialah apa-apa yang datang dari nabi sallallahu 'alayhi wa sallam, iaitu :
1. Sunnah Surah - Fizikal atau luaran nabi seperti rambut, janggut, pakaian, serban, selipar, celak nabi dan sebagainya.
2. Sunnah Sirah - Aktiviti harian nabi dari bangun tidur sampai tidur kembali seperti cara berjalan, cara makan, cara solat, cara pakai baju, cara naik kenderaan, cara tidur, cara beristinjak, bacaan quran nabi, qiamullail nabi dan lain-lain lagi.
3. Sunnah Sarirah - Perkara dalaman seperti fikir risau nabi terhadap umat. Bagaimana seluruh manusia sehingga hari kiamat dapat iman dan masuk syurga dan selamat dari neraka. Tangisan hati nabi, kebencian nabi terhadap kemungkaran dan lain-lain lagi.
Berikut adalah antara amalan sunnah nabi s.a.w yang terbukti bawa kejayaan.
1. Buang air besar
Buang air besar duduk, berisiko tinggi terkena buasir. Mencangkung lebih bersih dan menyihatkan dan yang terpenting ia adalah SUNNAH.
2. Buang air kecil
Kencing berdiri berisiko prostat dan batu karang. Kencing mencangkung lebih bersih dan menyihatkan dan yang terpenting ia adalah SUNNAH.
3. Makan dengan jari
Enzim di tangan membantu makanan lebih mudah dicerna. Dibandingkan dengan besi, kayu atau plastik, makan dengan tangan lebih bersih, fitrah dan menyihatkan dan yang terpenting ia adalah SUNNAH.
4. Makan dan minum duduk
Makan dan minum berdiri boleh mengganggu pencernaan. Dengan duduk lebih sopan dan menyihatkan dan yang terpenting ia adalah SUNNAH.
5. Tidak makan atas kerusi
Makan di kerusi, kurang menyihatkan. Dengan duduk di lantai, tubuh akan membahagi perut menjadi 3 ruang : udara, makanan dan air. Dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.
6. Mendahulukan makan buah
Makan buah setelah makan (cuci mulut) kurang bagus bagi perut, kerana ada reaksi asid. Yang sihat adalah makan buah sebelum makan, membantu melicinkan saluran pencernaan dan membuatnya lebih sempura dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.
7. Tidur mengiring ke kanan
Tidur meniarap tidak bagus untuk kesihatan, bahkan itu tidurnya syaitan. Tidur menghadap kanan lebih menyihatkan dan yang terpenting ia adalah SUNNAH.
Banyak rahsia sunnah yang telah diteliti para pakar, baik dari segi hikmah dan manfaatnya pada kesihatan. Benarlah yang dikatakan, di sebalik sunnah ada kejayaan.
Seorang doktor di Eropah berkata; "Jika semua manusia mengamalkan 3 sunnah saja (sunnah makan, sunnah di Kamar Mandi dan sunnah tidur), maka harusnya saya berhenti jadi doktor kerana tidak ada pesakit." Subhanallah!
Jelaslah bahawa hanya dengan cara nabi s.a.w sahaja kita akan dapat kejayaan dunia dan akhirat. Paling utama kejayaan di sisi Allah s.w.t.
Kejayaan hakiki ialah apabila kita berjaya mengucapkan kalimah lailahaillah di akhir kalam yakni kita mati dengan membawa iman kepada Allah s.w.t. Seterusnya dapat masuk syurga dan selamat dari azab neraka.
Iman hanya boleh didapati dengan cara nabi s.a.w. Iman tidak akan didapati dari cara selain cara yang dibawa atau ditunjuki nabi s.a.w.
Ya Allah! Engkau telah letakkan kejayaan di dalam sunnah nabi-Mu. Ya Allah! Pilihlah kami untuk amalkan sunnah kekasih-Mu. Ya Allah! Mudahkan kami untuk amal sunnah kekasih-Mu. Amin.