8 Sifat Lelaki Yang Disukai Wanita


Seorang wanita hanya memerlukan perhubungan penuh keikhlasan dan dilayan dengan tarikan romantis yang asli, bukannya pertunjukan besar-besaran mahupun mahal.

Berikut 8 sifat lelaki yang membuatkan hati wanita jadi ‘cair’ :

1. Tolong bukakan pintu

Seorang lelaki yang membuka apa-apa pintu contohnya pintu kereta untuk wanita adalah dilihat oleh wanita sebagai seorang yang romantik. Apatah lagi pada cuaca yang tidak menentu, adakah si dia suka berdiri terbiar di luar kereta?

Walaupun tindakan tersebut hanya untuk beberapa minit tetapi si wanita pasti menghargai anda kerana mengutamakan keselesaannya terlebih dahulu.

2. Memberikan bahagian terakhir makanan

Apabila anda menyimpan kepingan terakhir makanan anda untuk si gadis, sebenarnya anda sedang beri isyarat bahawa anda menyukai si dia lebih berbanding makanan itu.

Lebih-lebih lagi jika anda menyuapkan sendiri makanan itu ke mulutnya. Itu satu tindakan yang sungguh romantik bagi wanita.

3. Meluangkan masa bersama

Tunjukkan minat anda apabila melihat gambar-gambar si gadis semasa bayi atau membantu mengajar adiknya bermain bola atau memuji masakan ibunya. Jika anda hendak hidup lama bersamanya, wajib lakukan ini semua.

Ini merupakan tindakan-tindakan kecil tetapi membawa makna yang sungguh besar akan niat ikhlas anda terhadap si wanita itu.

4. Sanggup menonton cerita bersama

Apabila seorang lelaki secara sukarela menonton cerita ‘perempuan’ kerana si gadis menginginkannya maka lelaki itu layak mendapat ‘markah tambahan’.

Lebih-lebih lagi jika lelaki itu melakukannya tanpa mengeluh, menunjukkan riak bosan atau mengharap apa-apa balasan.

5. Menghantar bunga

Buatkan si gadis tersenyum dengan hadiah sejambak bunga secara tiba-tiba ataupun spontan. Tidak perlu mahal-mahal. Si dia pasti menghargai anda dan rasa sayangnya makin berbunga-bunga terhadap anda.

6. Mencium dahi

Ini hanya untuk yang sudah sudah berkahwin sahaja. Jika masih lagi dalam proses kenal-kenal, jangan cuba-cuba.

Cium dahi si gadis di saat-saat romantik akan membuatkan dia rasa disayangi dan dihargai.

7. Mengisi tangki minyak

Aksi ini akan membuatkan wanita terkejut pada awalnya. Bukan bermakna dia tidak berkemampuan untuk mengisi sendiri tetapi ini sebenarnya satu isyarat bahawa lelaki itu telah dididik dengan baik. Juga memang bersifat tidak berkira sangat dalam soal harta dan suka membantu orang lain.

Cubalah melakukannya. Apa salahnya jika anda ada duit lebih.

8. Memakaikan jaket dan sebagainya

Seorang wanita mampu untuk memakai jaket atau topi keledar dengan sendirinya, namun ini bukan soal kemampuan. Seorang lelaki yang baik hati akan memakaikan si gadis dengan jaket atau menawarkan jaket, terutama pada waktu hujan.

Demikianlah antara perlakuan-perlakuan kecil seorang lelaki terhadap seorang wanita yang meninggalkan kesan sangat hebat dalam jiwa wanita. Sifat-sifat tersebut menunjukkan lelaki itu peduli.

Cara yang sama juga seorang wanita mempunyai naluri untuk menyayangi dan melindungi orang yang dia sayangi.

Sama-samalah kita jaga hati dan perasaan masing-masing.

Semoga berbahagia selamanya.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: