Doa Malam Pertama Dan Adab Bersetubuh


Setelah melalui berbagai rangkaian acara pernikahan yang panjang, termasuk bersalaman dan bertemu dengan para tamu undangan, rasa lelah pastinya dirasai oleh setiap pasangan pengantin. Namun ada satu tahapan lagi yang harus dilalui oleh semua pasangan pengantin iaitu 'malam pertama'.

Saat pertama kali pengantin lelaki menemui isterinya setelah aqad nikah, dianjurkan melakukan beberapa hal seperti berikut ini.

1 - Pengantin lelaki meletakkan tangannya pada ubun-ubun isterinya.

Pengantin lelaki hendaknya meletakkan tangannya pada ubun-ubun isterinya seraya mendoakan baginya.

Rasulullah s.a.w bersabda :


“Apabila salah seorang dari kamu menikahi wanita atau membeli seorang budak maka peganglah ubun-ubunnya lalu bacalah ‘basmalah’ serta doakanlah dengan doa berkah seraya mengucapkan: "Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiatnya yang ia bawa. Dan aku berlindung dari kejelekannya dan kejelekan tabiat yang ia bawa."
Lafaz doanya :


2 - Hendaknya ia mengerjakan solat sunat dua rakaat bersama isterinya.

Kerana hal itu telah ada sandarannya dari para Sahabat Nabi s.a.w dan Tabi’in.

1. Hadis dari Abu Sa’id maula (hamba yang telah dimerdekakan) Abu Usaid. Ia berkata :

“Aku menikah ketika aku masih seorang hamba. Ketika itu aku mengundang beberapa orang Shahabat Nabi, di antaranya ‘Abdullah bin Mas’ud, Abu Dzarr dan Hudzaifah r.hum. Lalu tibalah waktu solat, Abu Dzarr bergegas untuk mengimami solat. Tetapi mereka berkata: "Kamulah (Abu Sa’id) yang berhak!" Ia (Abu Dzarr) berkata: "Apakah benar demikian?" ‘Benar!’ jawab mereka. Aku pun maju mengimami mereka solat. Ketika itu aku masih seorang hamba. Selanjutnya mereka mengajariku, "Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya dari keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua...!"
2. Hadis dari Abu Waail. Ia berkata :

“Seseorang datang kepada Abdullah bin Mas’ud r.hu, lalu ia berkata, "Aku menikah dengan seorang gadis, aku khawatir dia membenciku." Abdullah bin Mas’ud berkata, "Sesungguhnya cinta berasal dari Allah, sedangkan kebencian berasal dari syaitan, untuk membenci apa-apa yang dihalalkan Allah. Jika isterimu datang kepadamu, maka perintahkanlah untuk melaksanakan solat dua rakaat dibelakangmu. Lalu ucapkanlah (berdoalah) :

“Ya Allah, berikanlah keberkahan kepadaku dan isteriku, serta berkahilah mereka dengan sebab aku. Ya Allah, berikanlah rezeki kepadaku lantaran mereka, dan berikanlah rezeki kepada mereka lantaran aku. Ya Allah, satukanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan dan pisahkanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan.”
3 - Bercumbu rayu dengan penuh kelembutan dan kemesraan.

Misalnya dengan memberinya segelas air minum atau yang lainnya. Hal ini berdasarkan hadis Asma’ binti Yazid binti as-Sakan radhiyallaahu ‘anha, ia berkata :

“Saya merias ‘Aisyah untuk Rasulullah s.a.w. Setelah itu saya datangi dan saya panggil baginda supaya menghadiahkan sesuatu kepada ‘Aisyah. Baginda pun datang lalu duduk di samping ‘Aisyah. Ketika itu Rasulullah s.a.w disodori segelas susu. Setelah baginda minum, gelas itu baginda sodorkan kepada ‘Aisyah. Tetapi ‘Aisyah menundukkan kepalanya dan malu-malu.” ‘Asma binti Yazid berkata : “Aku menegur ‘Aisyah dan berkata kepadanya, "Ambillah gelas itu dari tangan Rasulullah s.a.w." Akhirnya ‘Aisyah pun meraih gelas itu dan meminum isinya sedikit.”
4 - Berdoa sebelum jimak (bersenggama).

Iaitu ketika seorang suami hendak menggauli isterinya, hendaklah ia membaca doa di bawah ini terlebih dahulu :


“Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah aku dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang akan Engkau karuniakan kepada kami.”
Rasulullah s.a.w bersabda :

“Maka, apabila Allah menetapkan lahirnya seorang anak dari hubungan antara keduanya, niscaya syaitan tidak akan membahayakannya selama-lamanya.”
5 - Suami boleh menggauli isterinya dengan cara apa yang disukainya.

Suami boleh menggauli isterinya dengan cara bagaimana pun yang disukainya asalkan pada kemaluannya.

Allah Ta’ala berfirman :


"Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui-Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang yang beriman." (Al-Baqarah : 223)
Ibnu ‘Abbas r.huma berkata, “Pernah suatu ketika ‘Umar bin al-Khatthab r.hu datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu ia berkata, "Wahai Rasulullah, celaka saya." Baginda bertanya, "Apa yang membuatmu celaka?" Umar menjawab, "Saya membalikkan pelana saya tadi malam." Dan baginda s.a.w tidak memberikan komentar apa pun, hingga turunlah ayat kepada baginda: "Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki.” (Al-Baqarah : 223). Lalu Rasulullah s.a.w bersabda :

“Setubuhilah isterimu dari arah depan atau dari arah belakang, tetapi hindarilah (jangan engkau menyetubuhinya) di dubur dan ketika sedang haid”.
Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w :

“Silakan menggaulinya dari arah depan atau dari belakang asalkan pada kemaluannya.”
6 - Apabila suami telah melepaskan hajatnya janganlah ia tergesa-gesa bangkit.

Melainkan sehingga isterinya melepaskan hajatnya juga. Sebab dengan cara seperti itu terbukti dapat menambahkan keharmonisan dan kasih sayang antara keduanya.

7 - Ambil wuduk apabila ingin mengulangi jimak.

Apabila suami mampu dan ingin mengulangi jima’ sekali lagi, maka hendaknya ia berwuduk terlebih dahulu.

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Jika seseorang diantara kalian menggauli isterinya kemudian ingin mengulanginya lagi, maka hendaklah ia berwuduk terlebih dahulu.”
8- Yang afdhal (lebih utama) adalah mandi terlebih dahulu.

Hal ini berdasarkan hadis dari Abu Rafi’ r.hu bahawasanya Nabi s.a.w pernah menggilir isteri-isterinya dalam satu malam. Beliau mandi di rumah fulanah dan rumah fulanah. Abu Rafi’ berkata, “Wahai Rasulullah, mengapa tidak dengan sekali mandi saja?” Baginda menjawab, “Ini lebih bersih, lebih baik dan lebih suci.”

9 - Seorang Suami dianjurkan mencampuri isterinya pada bila-bila masa saja.

Seorang suami dibolehkan jimak (mencampuri) isterinya pada bila-bila masa saja yang ia kehendaki. Sama ada pagi, siang atau malam. Bahkan, apabila seorang suami melihat wanita yang mengagumkannya, hendaknya ia mendatangi isterinya. Hal ini berdasarkan riwayat bahawasanya Rasulullah s.a.w melihat wanita yang mengagumkan. Kemudian baginda mendatangi isterinya Zainab r‘anha yang sedang membuat adunan roti. Lalu baginda melakukan hajatnya (berjimak dengan isterinya). Kemudian baginda bersabda :


“Sesungguhnya wanita itu menghadap dalam rupa syaitan dan membelakangi dalam rupa syaitan. Maka, apabila seseorang dari kalian melihat seorang wanita (yang mengagumkan), hendaklah ia mendatangi isterinya. Kerana yang demikian itu dapat menolak apa yang ada di dalam hatinya.”
Imam an-Nawawi rahimahullaah berkata : “Dianjurkan bagi siapa yang melihat wanita hingga syahwatnya tergerak agar segera mendatangi isterinya atau hamba perempuan yang dimilikinya, kemudian menggaulinya untuk meredakan syahwatnya juga agar jiwanya menjadi tenang.”

Akan tetapi, ketahuilah saudara yang budiman, bahawasanya menahan pandangan itu wajib hukumnya, kerana hadis tersebut berkenaan dan berlaku untuk pandangan secara tiba-tiba. Allah Taala berfirman di dalam Al-Quran :


"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".” (An-Nuur : 30)
Dari Abu Buraidah, dari ayahnya, ia berkata, “Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali r.hu :

“Wahai Ali, janganlah engkau mengikuti satu pandangan, (dengan) pandangan lainnya kerana yang pertama untukmu dan yang kedua bukan untukmu”.
10 - Haram menyetubuhi isteri pada duburnya, ketika ia haid atau nifas.

Haram menyetubuhi isteri pada duburnya dan haram menyetubuhi isteri ketika ia sedang haid atau nifas (Nifas adalah darah yang keluar dari rahim wanita setelah melahirkan anak iaitu kerana adanya proses bersalin).

Hal ini berdasarkan firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 222 :


“Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah: "Haid itu adalah suatu kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
Juga sabda Rasulullah s.a.w :


“Barangsiapa yang menggauli isterinya yang sedang haid, atau menggaulinya pada duburnya, atau mendatangi dukun, maka ia telah kafir terhadap ajaran yang telah diturunkan kepada Muhammad."
Juga sabda baginda s.a.w :

“Dilaknat orang yang menyetubuhi isterinya pada duburnya.”
11 - Kaffarat bagi suami yang menggauli isterinya yang sedang haid.

Syaikh al-Albani rahimahullaah berkata, “Barangsiapa yang dikalahkan oleh hawa nafsunya lalu menyetubuhi isterinya yang sedang haid sebelum suci dari haidnya, maka ia harus bershadaqah dengan setengah pound emas Inggris, kurang lebihnya atau seperempatnya. Hal ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas r.hu dari Nabi s.a.w tentang orang yang menggauli isterinya yang sedang haid. Lalu Nabi s.a.w bersabda : “Hendaklah ia bershadaqah dengan satu dinar atau setengah dinar.”

12 - Had perlakuan suami ke atas isteri yang sedang haid.

Apabila seorang suami ingin bercumbu dengan isterinya yang sedang haid, ia boleh bercumbu dengannya selain pada kemaluannya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w :

“Lakukanlah apa saja kecuali nikah (bersetubuh).”
13 - Mencuci kemaluan dan berwuduk apabila ingin tidur atau makan.

Apabila suami atau isteri ingin makan atau tidur setelah jimak (bercampur), hendaklah ia mencuci kemaluannya dan berwuduk terlebih dahulu, serta mencuci kedua tangannya. Hal ini berdasarkan hadis dari ‘Aisyah r.anha bahawasanya Rasulullah s.a.w :


“Apabila baginda hendak tidur dalam keadaan junub, maka baginda berwuduk seperti wuduk untuk solat. Dan apabila baginda hendak makan atau minum dalam keadaan junub, maka baginda mencuci kedua tangannya kemudian baginda makan dan minum.”
Dari ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha, ia berkata :

“Apabila Nabi s.a.w hendak tidur dalam keadaan junub, baginda mencuci kemaluannya dan berwuduk (seperti wuduk) untuk solat.”
14 - Tidak berjimak ketika sangat lapar atau kenyang.

Sebaiknya tidak bersenggama dalam keadaan sangat lapar atau dalam keadaan sangat kenyang, kerana dapat membahayakan kesihatan.

15 - Suami isteri boleh mandi bersama dan melihat aurat pasanganya.

Suami isteri dibolehkan mandi bersama dalam satu tempat dan suami isteri dibolehkan saling melihat aurat masing-masing.

16 - Haram hukumnya menyebarkan rahsia rumah tangga dan hubungan suami isteri.

Setiap suami maupun isteri dilarang menyebarkan rahsia rumah tangga dan rahsia bilik tidur mereka. Hal ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Bahkan, orang yang menyebarkan rahsia hubungan suami isteri adalah orang yang paling jelek kedudukannya di sisi Allah. Rasulullah s.a.w bersabda :


“Sesungguhnya manusia yang paling jelek kedudukannya pada hari Kiamat adalah lelaki yang bersenggama dengan isterinya dan wanita yang bersenggama dengan suaminya kemudian ia menyebarkan rahsia isterinya.”
Dalam hadis lain yang shahih, disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

“Jangan kalian lakukan (menceritakan hubungan suami isteri). Perumpamaannya seperti syaitan lelaki yang berjumpa dengan syaitan betina di jalan lalu ia menyetubuhinya (di tengah jalan) dilihat oleh orang ramai...”
Tidak halal seorang isteri menyebarkan rahsia rumah tangga atau keadaannya bersama suaminya kepada seseorang.

Allah Taala berfirman di dalam Al-Quran, surah An-Nisaa' ayat 34 :


"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
Nabi s.a.w mengabarkan bahawa manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari Kiamat adalah lelaki yang bersenggama dengan isterinya dan wanita yang bersenggama dengan suaminya, kemudian ia menyebarkan rahsia pasangannya.

Allahu a'lam.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: