Pahala Ibadat 12 Tahun Dengan 6 Rakaat Solat Awwabin


Untungnya jadi orang Islam, jadi umat Muhammad s.a.w. Amalan sedikit tapi diganjari dengan pahala sebegitu banyak. Cuma kita tahu atau tidak tahu saja. Dan kalau dah tahu kenalah rebut peluang yang telah Allah berikan itu, jangan disia-siakan.

Barangsiapa yang bersolat sunat selepas Maghrib (selain dari solat sunat rawatib ba'diyah Maghrib) sebanyak 6 rakaat yang dikenali sebagai solat sunat Awwabin, mendapat ganjaran pahala beribadat selama 12 tahun.

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w telah bersabda;


“Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Tirmizi)
WOW! hanya 6 rakaat sahaja...kita akan mendapat ganjaran beribadat selama 12 tahun. Bayangkan kalau kita buat tiap-tiap malam. Dengan umur yang singkat tapi pahala ibadah seolah-olah kita hidup beratus tahun. Malahan sehingga beribu tahun.

Apa yang penting niat mesti betul, kerana Allah s.w.t. Barulah amalan tersebut sampai atau diterima di sisi Allah s.w.t.

Maha pemurahnya Allah s.w.t kepada umat Muhammad s.a.w. Tapi berapa ramai yang teruja untuk merebut peluang ini?

Dari pemerhatian daku, memang tak ramai yang solat sunat Awwabin 6 rakaat selepas Maghrib. Iktikaf dalam masjid pun tak ramai. Ramai yang terus keluar masjid selepas Maghrib, bila nak masuk Isyak baru datang semula ke masjid.

Allahu a'lam.

Link pautan : shafiqolbu.wordpress.com
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: