Sering kali juga kita membaca di akhbar berkenaan penghuni sesebuah rumah yang tidak tenteram kerana gangguan mahkluk ghaib atau makhluk halus. Sehingga ada yang diganggu dengan masalah api yang tiba-tiba membakar di dalam rumah tersebut.
Berikut 15 tips penjagaan diri serta kediaman dari gangguan makhluk halus :
1. Lafazkan Assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Syaitan yang memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana-mana pintu (kecuali bilik air) sebab port syaitan kebiasaannya di pintu-pintu.
2. Lazimi membaca dan memasang ayat-ayat suci al-quran di dalam rumah.
3. Gunakan semua bilik yang ada di dalam rumah.
4. Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan merata-rata seperti tulang sisa makanan sebab itu makanan jin.
5. Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Waktu malam elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tak elok untk badan dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.
6. Angkat baju di ampaian sebelum Maghrib. Yang ini berkait dengan sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yang terhampar pada waktu Maghrib ke atas.
7. Kalau orang yang tidur mengigau sentuh dan kejutkan dia.
8. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur terlentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut kena letak bawah kepala (jangan lepaskan ke atas bantal).
9. Bagi rumah yang pintunya berhadapan dengan pintu yang lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Ini kerana pintu-pintu yang saling berhadapan boleh jadi laluan makhluk halus.
10. Kalau terlupa beri salam semasa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan beri salam. Melangkah masuk ke dalam rumah dengan kaki kanan dan keluar rumah dengan kaki kiri.
11. Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.
12. Elakkan duduk di pintu.
13. Selalu baca surah Al-Baqarah. Seeloknya selalu baca al-Quran di rumah.
14. Selalu alih-alihkan barang dalam rumah. Jaga suasana baik dalam rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda-benda macam ini yang tarik perhatian makhluk halus. Jin, syaitan suka berdampingan dengan manusia yang kelalaian dari mengingati Allah.
15. Jadikan suasana rumah seperti madrasah. Hal ini boleh dibuat dengan cara hidupkan Taklim Rumah. Iaitu tetapkan satu masa yang tertentu di tempat yang khusus di dalam rumah (ruang solat dalam rumah misalnya) untuk dikumpulkan semua ahli keluarga duduk sambil dibacakan kitab hadis. Lakukan secara istiqamah setiap hari. Antara kitab hadis yang popular adalah kitab Fadail Amal dan Muntakhab Ahadis.
Apabila rumah kita hidup dengan taklim maka rumah kita akan jadi tempat berkumpulnya para Malaikat yang sentiasa tercari-cari majlis yang di dalamnya ada disebut firman Allah s.w.t dan sabdaan Nabi Muhammad s.a.w. Apabila rumah kita jadi tumpuan Malaikat maka rahmat dan keberkatan daripada Allah s.w.t juga akan mencurah-curah masuk ke dalam rumah kita.
Allahu a'lam.