Pernah tak anda terfikir apa yang akan terjadi kalaulah lelaki tahu sikap perempuan yang sebenar-benarnya di sebalik perangai, sikap dan kelakuan perempuan itu sendiri?
Sikap perempuan memang sangat unik dan sukar untuk diduga dan kadangkala perlakuannya bertentangan dengan perasaan hati mereka sendiri. Setiap perkara yang dilakukan oleh perempuan tidak semestinya menggambarkan siapa dirinya yang sebenar.
Cuma mereka dan orang yang rapat saja yang akan faham hati dan perasaan mereka. Perempuan mesti pernah merasakan keadaan dimana mereka terfikir alangkah bagusnya kalaulah lelaki tahu perkara ini.
Di bawah ini ialah beberapa perkara yang pasti lebih menarik 'kalaulah lelaki tahu sikap perempuan sebenarnya' disebalik setiap perlakuan mereka.
Kalaulah lelaki tahu - Apabila perempuan itu cemburu
Apabila perempuan cemburu dan seperti tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang dan tidak mempercayai anda, tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuan seorang perempuan adalah sangat kuat. Mereka hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Kalaulah lelaki tahu - Apabila perempuan jarang sebut i love you
Apabila perempuan jarang cakap ‘I Love U’, itu tidak bermaksud dia tidak lagi cinta kan anda tetapi dia inginkan lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir cuma dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa dan gerak-gerinya.
Kalaulah lelaki tahu - Apabila perempuan itu jatuh cinta
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya mempunyai segalanya tetapi lelaki itu adalah segala-galanya dalam hatinya.
Kalaulah lelaki tahu - Apabila perempuan itu menangis
Apabila seorang perempuan itu menangis, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu yang dicintainya sepenuh hati.
Kalaulah lelaki tahu - Apabila perempuan itu marah
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Seperti juga pasangan yang baru bercinta, mereka jarang-jarang bergaduh. Tetapi percayalah apabila sudah lama bercinta dan perasaan sayang kepada seseorang semakin bertambah, maka secara automatik banyak pertelingkahan dan pertengkaran yang berlaku.
Kalaulah lelaki tahu - Apabila perempuan itu banyak bercakap
Apabila perempuan bercakap banyak dan bercerita tidak henti-henti, dia tidak bermaksud untuk membuat anda rimas dan bosan, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Kalaulah lelaki tahu sikap perempuan sebenarnya, mungkin mereka akan lebih menghargai dan menyayangi mereka.
Kalaulah lelaki tahu - Apabila perempuan itu merajuk
Apabila perempuan merajuk, janganlah kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah banyak-banyak dan mahal, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa diri mereka dihargai.
Kalaulah lelaki tahu - Apabila perempuan itu mengatakan rindu
Apabila perempuan mengatakan bahawa dia rindu sama kamu, 'miss you' sangat-sangat, dia benar-benar maksudkannya. Kalaulah lelaki tahu, apabila berjauhan, bayanganan anda akan sentiasa bermain di mata dan akan sampai satu masa perempuan akan menangis tanpa mereka sendiri sedar.
Kalaulah lelaki tahu - Apabila perempuan berkata mahu anda berubah
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak menerima anda seadanya, tetapi tujuannya adalah dia mahu anda menjadikan lebih baik lagi, bukan untuk dirinya, tetapi untuk anda dan juga masa depan anda.
Kalaulah lelaki tahu - Apabila perempuan itu kata lelaki lain lebih baik
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik! Dongibab! Kipidap!
Kalaulah lelaki tahu - Apabila perempuan berkata tolong tinggalkan saya
Apabila perempuan berkata ‘Tolong Tinggalkan Saya’ atau ‘Leave Me Alone’, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia cuma mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.
Dan jika dia cari anda, itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan dan adakalanya bersikap terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan yang berlaku pada diri anda.
Kalaulah lelaki tahu - Apabila perempuan dan lelaki itu memang berbeza
Sememangnya lelaki dan perempuan dicipta dan wujud di dunia ini dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Sekiranya lelaki tahu, perempuan itu diciptakan dengan indah dan unik sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Kalaulah lelaki tahu - Apabila perempuan itu degil
Apabila perempuan degil, dia tidak bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, sebenarnya hati perempuan itu sangat lembut. Jika kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar keputusan dan fikirannya dalam masa yang singkat mahupun sesaat.
Walaupun secara umumnya, perempuan itu nampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang mampu menggoncang dunia dan boleh membuat lelaki menjadi lemah kerana mereka. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong dan memberi galakan kepada anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah juga yang bakal menjadi isteri dan juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda di kemudian hari. Kalaulah lelaki tahu sikap perempuan sebenarnya, mesti hubungan antara pasangan lelaki dan perempuan akan menjadi lebih baik lagi.