Seusai solat fardhu Subuh berjemaah tadi, daku dengar bacaan hadis yang mengatakan mana-mana lelaki yang mengejutkan isterinya dari tidur kemudian mereka bersolat Tahajjud bersama-sama, walaupun cuma 2 rakaat, di sisi Allah s.w.t mereka dikira sebagai orang yang banyak beribadat kepada Allah s.w.t.
WOW! ini peluang keemasan bagi mereka yang telah berkahwin.
Jangan disia-siakan tawaran Allah ini.
Ada beberapa tempat dalam Al-Quran, Allah s.w.t menyebut perihal berkaitan dengan bertahajjud. Di antaranya firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Isra’ ayat 79 berikut :
“Dan pada sebahagian malam bertahajudlah kamu sebagai ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
“Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu solat dan ia pun membangunkan isterinya lalu sang isteri juga solat. Bila isteri tidak mahu bangun, ia percikkan air ke wajahnya. Semoga Allah juga merahmati seorang perempuan yang bangun di waktu malam lalu ia solat dan ia pun membangunkan suaminya. Bila suami enggan untuk bangun, ia pun memercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat An Nasa’i. Hadis senada juga diriwayatkan Abu Dawud dan Tirmidzi)Orang yang paling bijak adalah orang yang banyak mengingati mati dan kemudian dia membuat persediaan menghadapi mati.
Jadi peluang di atas itulah antara persiapan menghadapi mati, iaitu dengan membuat amal yang walaupun sedikit tetapi dijanjikan ganjaran yang cukup besar dari Allah s.w.t.
Bagi orang yang belum kahwin bagaimana pula?
Sabar jer la eh...
Tak apa, masih ada peluang lain yang juga amal yang sedikit tapi dapat ganjaran pahala berlipat ganda dari Allah s.w.t.
Allahu a'lam.