10 Mitos Penjagaan Diri Yang Lelaki Sering Percaya


Sikap obses dan terlalu mempercayai sesuatu 'mitos' sebagai suatu kepercayaan yang benar, boleh menyebabkan kerugian pada diri sendiri.

Ditampilkan di bawah ini 10 mitos bertatarias yang sering lelaki amalkan, namun sebenarnya boleh menyebabkan keadaan lebih teruk apabila mempercayainya.

1 - Terlepas Membasuh Wajah Punca Bintik Hitam

Benar! Jika kamu tidak membasuh wajah, minyak akan terkumpul pada liang pori sekaligus mengumpul kekotoran sehingga membentuk bintik hitam. Hakikatnya, jika kamu terlampau kerap membasuh wajah terutamanya pencuci yang mengandungi bahan penyental, ia akan membuatkan wajah kamu menjadi lebih teruk. Kulit akan kurang kelembapan semulajadi dan akan menjadikan kulit mengalami iritasi.

2 - Syampu Anti-Kelemumur Boleh Menghapuskan Kepingan Kelemumur

Ada sesetengah syampu memang berkesan menghapuskan kepingan kelemumur pada kulit kepala. Tetapi, menggunakan syampu yang sama setiap hari tidak memberi kesan yang ketara untuk masalah ini. Malah, syampu khusus kelemumur lebih banyak kandungan bahan kimia. Rawatan anti-kelemumur setiap hari akan mengeringkan kulit kepala. Lebih baik mengantikan syampu anda kepada syampu biasa untuk kegunaan rutin tanpa masalah. Tambahan pula, masalah kulit kepala menandakan kamu kurang pengambilan vitamin B.

3 - Tekanan Merupakan Punca Rambut Beruban

Terdapat bukti bahawa tekanan mencetuskan radikal bebas yang boleh mempengaruhi pengeluaran atau menggalakkan pelunturan melanin iaitu pigmen yang bertanggungjawab untuk warna rambut. Namun, uban bukan berlaku semalaman. Jika benar spekulasi ini, tekanan hanyalah mempercepatkan proses yang tidak dapat dielakkan ini.

4 - Berus Gigi Setelah Makan Menguatkan Gigi

Bunyi seakan idea yang sangat baik untuk mengelakkan nafas berbau dan mengelak sisa makanan di celah gigi. Secara realiti, memberus sebaik saja makan akan meningkatkan hakisan enamel kerana makanan berasid dan minuman yang kita ambil. Disebabkan itu, doktor mengesyorkan kamu menunggu 30 minit atau sejam sebelum boleh memberus gigi.

5 - Lebih Banyak Krim Pencukur Lebih Baik

Sebenarnya, sedikit lebih baik. Yang penting, cari produk yang mempunyai buih yang berkesan dan 'mesra' kulit untuk melindungi lapisan kulit dari tercedera terkena bilah pencukur.

6 - Kulit Berminyak Perlu Menggunakan Pelembap

Pelembap membantu mengekalkan kelembapan semulajadi kulit. Jika disapu pada kulit yang berminyak, ia akan kelihatan lebih kotor dan lebih berkilau! Sebelum mahu menggunakan pelembap yang berasaskan air ini, adalah penting kamu membersihkan wajah terlebih dahulu.

7 - Topi Punca Kepala Botak

Ia benar jika kamu menggunakan topi 24 jam yang boleh memberi rasa kurang selesa dan menyekat perjalanan darah pada kulit kepala! Hakikatnya, botak adalah disebabkan oleh faktor genetik yang mungkin datangnya dari ayah, ibu atau datuk. Genetik tetap genetik melainkan anda seorang saja yang botak di dalam ahli keluarga, ia mungkin punca kegagalan kamu menjaga rambut.

8 - Mencukur Dari Bawah Ke Atas Boleh Elak Iritasi

Ramai menyangka mencukur dari atas turun ke bawah akan menyebabkan kecederaan. Walhal, perkara sebetulnya adalah mencukur mengikut arah pertumbuhan rambut halus ini.

9 - Makan Coklat Punca Kulit Berjerawat

Punca pertumbuhan jerawat tidak ada kena mengena dengan makanan ringan seperti coklat. Semuanya adalah disebabkan oleh faktor perubahan hormon tumbesaran. Maka, jangan takut untuk mengambil coklat yang dikatakan dapat membantu memberi emosi yang baik buat kamu.

10 - Mencukur Akan Menyebabkan Bulu Tumbuh Lebih Tebal dan Cepat

Bulu dikawal oleh genetik bukan pencukuran. Bayangkan jika anda takut untuk mencukur kerana gusar menjadi seperti 'orang gua', hakikatnya kamu tetap menjadi 'orang gua' kerana tidak mencukur! Kerap mencukur tidak ada kena-mengena dengan pertumbuhan yang semakin banyak sebaliknya bulu mungkin semakin hitam dan tebal kerana faktor usia dan genetik.

Sebagai seorang lelaki yang segak, kamu perlu sentiasa menjaga penampilan diri dan kesihatan tubuh. Jangan terlalu mempercayai mitos. Apa pun, cara yang betul boleh membantu kamu untuk menjaga diri dengan lebih baik. Bukankah penampilan melambangkan karakter kamu? Lakukan, lakukan dengan betul!

Sumber
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: