Kebanyakan wanita yang sudah kahwin mesti mengabaikan aspek penjagaan badan, mungkin sebab sudah ada anak. Tetapi tahukan anda penampilan untuk suami itu cukup penting? Tambah pula kalau lelaki yang jenis suka pandang sesuatu yang cantik. Nak ke si dia pandang wanita lain?
Ada sesetengah wanita, sebelum kahwin badan langsing macam kerengga. Tetapi selepas ada anak, semuanya menggeleber dan berat badan naik. Bukan senang nak jaga badan lepas sudah bersalin. Yalah, sebelum kahwin ada masa untuk diri sendiri. Bila sudah kahwin ada anak, sibuk jaga anak dan suami saja.
Namun tahukah anda, sebenarnya ada cara mudah dan rahsia untuk kekal cantik macam anak dara walaupun anda sudah ada anak.
Berikut 5 rahsia kekal cantik macam anak dara walaupun sudah ada anak :
1. Jangan tidur lambat
Purata waktu tidur yang dicadangkan untuk orang dewasa ialah 6-7 jam sehari. Tapi ramai wanita hanya dapat masa tidur 5-6 jam sahaja. Ini cara mudah untuk kulit kekal cantik dan awet muda.
2. Pastikan cukup rehat
Walaupun sibuk sepanjang waktu, curi masa rehat selama 15 minit untuk kembalikan tenaga yang hilang. Memang ajaib. Anda akan rasa lebih aktif dan bertenaga.
3. Rajinkan diri untuk keluarkan peluh
Sesibuk mana pun anda, lakukan senaman seperti berjalan, berjoging, berbasikal sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Senaman akan meningkatkan tahap tenaga anda. Tak percaya? Cubalah dulu dan lihat hasilnya nanti.
4. Banyak minum air putih
Pastikan anda minum air secukupnya setiap hari. European Food Safety Authority menyarankan agar wanita seharusnya minum 1,6 liter air setiap hari dan lelaki sebanyak 2 liter air. Itu bererti 8 gelas 200ml untuk wanita dan 10 gelas 200ml untuk lelaki.
Minum air mineral pun boleh malah lebih senang diperolehi di kedai-kedai. Air penting untuk fungsi sel, menyingkirkan toksin dari badan, melancarkan peredaran darah, mengawal suhu badan dan buat anda bertenaga sepanjang hari.
5. Buang sikap cepat marah dengan ketawa
Ketawa melegakan tekanan, meringankan otot, meningkatkan hormon gembira endorphins dan mengurangkan hormon tekanan cortisol. Ketawa membantu kesihatan fizikal, emosional dan mental. Ketawa juga buatkan anda nampak lebih muda.
Macam mana pendapat anda sendiri? Rasa nak jaga badan atau biarkan saja dengan penampilan serabai, janji hal rumah tangga teratur? Tepuk dada, tanya selera. Semoga artikel ini bermanfaat buat kaum Hawa di luar sana.