8 Adab Diet Yang Sihat


Makan meriah macam mana pun tapi elok cara pemakanan kita biarlah ada disiplin. Adab pemakanan sihat, diet Rasulullah s.a.w boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia.

Antara adab pemakanan sihat adalah seperti berikut :

1. Minum Susu

Susu adalah minuman kegemaran Rasulullah s.a.w. Susu pula kaya dengan kalsium, vitamin A dan B. Zat protein berkualiti tinggi penting untuk membina tisu badan serta pembentukan antibodi melawan penyakit. Zat kalsium dalam susu pula mudah diserap oleh badan dan merupakan satu zat yang sangat penting untuk badan.

2. Daging dan Ikan

Jangan minum susu ketika makan daging, ayam atau ikan. Rasululllah s.a.w pernah melarang sahabat makan ikan bersama susu sebab dikhuatiri akan mudah mendapat penyakit. Dalam bidang sains juga menyatakan pencampuran kedua-dua jenis makanan ini boleh menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

3. Aturan Minum Susu

Rasulullah s.a.w larang minum susu bersama cuka sebab ini boleh merencatkan penyerapan protein susu dan cuka itu sendiri boleh menghakis perut dengan tahap asidnya yang tinggi. Lama-kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

4. Elak Campur Makanan Darat Dan Laut

Tidak campur ikan bersama daging, telur atau salad. Jangan kita mencampurkan makanan darat bersama makanan laut. Ini kerana makanan darat dan laut mengandungi cas ion yang berbeza. Jika kita mencampurkan akan menyebabkan perut mengalami masalah.

5. Makan Buah-buahan Dahulu

Rasulullah s.a.w sentiasa mengamalkan memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan nasi. Kita pula lebih mengamalkan gaya barat makan buah terlebih dahulu barulah makan nasi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. Jadi, perut kita tidak dapat makan nasi dalam kuantiti yang sepatutnya untuk keperluan zat bagi tubuh.

6. Habbatussauda, Barli dan Oat

Makanan ini baik untuk kesihatan jantung, dapat membantu mengatasi kegemukan melampau dan mampu mencegah kanser.

7. Makan Roti Asli

Gandum sempurna mempunyai banyak perbezaan dengan gandum proses, mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E yang tinggi. Ini juga membekalkan tenaga dan juga zat logam yang lain.

8. Buah Tamar

Kandungan serat yang tinggi dan rendah lemak serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi Rasulullah s.a.w dan keluarga baginda.

Wallahu 'alam.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: