Wanita apabila sedang dilamun cinta rasanya seperti pertama kali mengikuti kelas gym. Menyakitkan tetapi banyak hal-hal luar biasa yang rasanya sukar untuk diungkapkan.
Tidak ramai yang memahami mengapa wanita sebegitu, kerana hanya segelintir mereka yang memahami. Cinta mewujudkan perasaan aneh yang membuat wanita boleh tersenyum sepanjang hari sehingga membuat mereka kelihatan seperti orang gila.
Berikut 4 hal tentang cinta yang hanya dirasakan oleh wanita :
1. Berubah memandang kebahagiaan
Ketika masih bergelar seorang gadis, wanita suka pergi ‘melepak’ dengan kawan-kawannya. Mereka menghabiskan masa menjalankan hobi dan membeli-belah. Namun, setelah bertemu jodoh, wanita lebih suka menghabiskan masa di rumah bersama pasangannya.
2. Asyik menyebut nama kekasih
Bila wanita jatuh cinta, mereka akan bercakap tentang kekasihnya tanpa henti. Ini terjadi kerana lelaki itu selalu hadir di fikirannya. Malah, wanita selalu mewujudkan pertalian apa pun dengan lelaki tersebut.
3. Cemas bila terpisah dari kekasih
Kecemasan wanita berlaku amat cepat ketika terpisah dari kekasih hati, walau mereka baru bertemu beberapa jam yang lalu. Wanita benar-benar rindu dan merasakan kehidupan tidak lengkap bila kekasih tiada disampingnya.
4. Tidak memahami kenapa orang lain tidak optimistik
Wanita yang sedang bercinta akan berfikir bahawa isi seluruh dunia ini mengagumkan, mereka menikmati hidup, dan segala keindahannya. Wanita hairan mengapa ada orang-orang yang tidak dapat menikmati hidup dan tidak menyedari sebenarnya mereka beruntung.
Baca : 6 Rahsia Saintifik Dalam Pergerakan Solat Membuatkan Saintis Terkejut
Ekspresi wajah wanita yang sedang dilamun cinta akan terlihat jelas ketika ia bersama lelaki yang dicintainya. Ia akan nampak bahagia, lebih sering tersenyum dan tertawa. Jadi, lelaki yang memiliki selera humor justeru lebih mudah membuat wanita jatuh cinta berbanding lelaki yang serius.
Wajahnya akan terlihat berseri-seri dan ceria ketika bersama lelaki yang dicintainya, bahkan ketika berbual dengan topik yang tidak lucu sekalipun dia akan sangat bahagia.
Itulah wanita!
- Daku Amat