Pasangan suami isteri sering ingin tahu, bagaimana cara hamil anak kembar? Bagaimana cara cepat hamil dengan anak kembar? dan pertanyaan lain yang seumpamanya. Doktor secara umumnya tidak dapat memberikan jawapan khusus untuk pertanyaan seperti ini.
Namun, terdapat beberapa versi bagaimana cara membuat anak terlahir kembar berdasarkan fakta yang sering ditemukan pada wanita yang melahirkan bayi kembar. Walaupun beberapa di antaranya merupakan hipotesis yang tidak dapat 100% dijadikan sebagai acuan.
Di bawah ini beberapa faktor yang sering terjadi pada wanita yang melahirkan anak kembar.
1. Genetik
Jika dalam salasilah keturunan keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.
2. Umur
Wanita yang berumur 35-40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.
3. Bilangan Anak
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.
4. Berat Badan dan Ketinggian
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.
5. Diet
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Contoh makanan yang tinggi kandungan estrogen ialah tauhu, keledek, roti, kacang buncis, bawang putih dan kurma.
6. Pengambilan Ubat Kesuburan
Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.
7. Banyakkan Makan Ubi, Kentang dan Susu
Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan berkemungkinan besar boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi.
Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.
8. Doa Untuk Mendapatkan Anak Kembar
i) Surah As-Saffat ayat 120 :
(Iaitu): "Kesejahteraan dilimpahkan atas Musa dan Harun."ii) Surah Asy-Syura ayat 50 :
"atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa."
Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sebagainya.
Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, selain risiko anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.