11 Tips Bantu Anda Menghafal Al-Quran


Dapat menghafal al-Quran merupakan salah satu nikmat kurniaan Allah pada mereka yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Ganjaran yang besar buat para mereka yang menghafal al-Quran dan sudah tentu untuk menghafalnya bukan satu perkara yang senang.

Jadi persiapkanlah rohani dan jasadi anda untuk berjuang menghafal al-Quran. Ini merupakan 11 tips atau langkah yang dikongsikan oleh Yasir Qadhi bagaimana untuk menghafal al-Quran.

1. Keikhlasan

Perkara yang perlu kita lihat pada awal-awal lagi adalah niat kita. Niat kita hendaklah ikhlas hanya kerana Allah s.w.t dan ingin mendapatkan redha-Nya sahaja. Bukannya kita menghafal al-Quran untuk tunjuk pada orang lain yang kita banyak menghafal.

Sudah tentu niat ini bukan sekadar pada permulaan sahaja, bahkan ianya perlu sentiasa diperbaharui setiap masa.

2. Konsisten

Semakin banyak kita menghafal semakin mudah kita mengingati ayat-ayat al-Quran tersebut. Sangat penting untuk kita sentiasa menghafal tanpa skip walau satu hari pun!

Minimum yang kita perlu hafal adalah sebanyak 3 baris sahaja, jika dapat menghafal 5 baris itu lebih baik. Jika anda konsisten insya Allah anda akan bergelar al-hafiz dalam 5-6 tahun.

3. Masa

Perkara pertama yang kita perlu lakukan pada awal hari adalah menghafal. Ya anda perlu menghafal sebelum makan sarapan pagi, ini kerana inilah ‘sarapan pagi’ yang ada perlu ‘makan’ dulu. Dan masa paling terbaik untuk kita mudah menghafal adalah betul-betul selepas solat subuh.

4. Suasana

Cari tempat yang sunyi untuk anda menghafal, sebab sangat susah untuk anda menghafal dalam suasana yang bising ini kerana anda perlu dengar suara anda sewaktu menghafal. Jauhkan juga gangguan seperti smartphone dan seumpama dengannya.

5. Familiar

Maksud familiar disini adalah anda mencari kebiasaan buat diri anda. Cari masa yang anda biasa menghafal, tempat yang anda selalu duduk untuk menghafal, juga al-Quran yang selalu anda gunakan untuk menghafal. Sangat digalakkan untuk anda mempunyai kitab al-Quran khusus untuk menghafal al-Quran.

6. Ulang dan ulang

Tiada 'shortcut' dalam menghafal al-Quran. Apa yang kita perlu lakukan adalah istiqamah dalam mengulang sama ada kita baca atau kita mendengar orang lain baca.

7. Menghafal dengan makna

Baca terjemahan sebelum mula menghafal dan cuba matchkan perkataan arab dengan makna.

8. Kelilingi diri anda dengan bacaan al-Quran

Dengar bacaan al-Quran sekerap mungkin. Sebelum kita menghafal satu-satu surah atau ayat cuba kita biasakan dulu untuk dengar dahulu surah atau ayat tersebut.

9. Cari rakan

Cari kawan atau ahli keluarga yang sudi mendengar bacaan al-Quran anda. Yang terbaik adalah mereka juga menghafal al-Quran bersama anda atau yang telah hafiz.

10. Baca apa yang telah dihafal dalam solat

Bila kita tersangkut bacaan dalam solat kita akan terus cari dimana kita tersangkut dan perkara itu tidak akan lagi berlaku sebab ianya memberi kesan besar kepada kita dalam solat sebelum itu.

11. Jangan langkau surah

Konsisten sikit demi sedikit. Jangan kita terus lompat surah yang kita rasa susah untuk menghafal. Kalau anda lompat surah tersebut anda tidak akan rasa puas bila dah habis satu juz sebab masih ada lagi lopong-lopong dalam juz tersebut.

Sekiranya artikel ini bermanfaat buat anda silakan share pada rakan-rakan anda yang sedang menghafal al-Quran.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: