Ayat Al-Quran Untuk Rawatan Kanser


Di dalam kitab Al-Quran, ada ayat-ayat Al-Quran yang boleh kita amalkan bagi merawat penyakit kanser mahupun leukimia.

Secara umumnya, ayat-ayat Al-Quran yang berfungsi sebagai agen penyembuh kanser bermula dengan surah Al-Mukminun, ayat 91 hingga 100 dan surah Al-Hajj, bermula ayat 31 hingga 55. Untuk perubatan memadai baca ayat asal dalam bahasa Arab sahaja.

1. Surah Al-Mukminun ayat 91 - 100

2. Surah Al-Hajj ayat 31 - 55

3. Cara Rawatan :

a) Ayat-ayat dari surah Al-Mukminun dibaca pada waktu malam sebanyak tiga kali sama ada selepas Maghrib atau Isyak atau mana-mana masa yang sesuai pada waktu malam. Ataupun dibacakan di dalam sembahyang sama ada fardhu ataupun sewaktu Qiyammulail.

b) Ayat-ayat dari surah Al-Hajj pula adalah untuk bacaan siang sebanyak tiga kali sama ada selepas subuh, zohor atau asar.

Namun jika tiada kesempatan masa untuk baca ayat-ayat 31-55 surah Al-Hajj mengikut waktu yang dinyatakan tadi, maka bolehlah dibaca pada bila-bila masa di waktu siang. Kesimpulannya, tiada alasan sibuk atau tidak sempat untuk seseorang pesakit melakukan amalan ini.

c) Selepas kali membaca ayat ini, pesakit boleh berdoa kepada Allah agar sakit mereka sembuh. Berdoalah dengan penuh keyakinan bahawa Allah Maha berkuasa menyembuhkan setiap penyakit di dunia ini.

Kita telah pun berikhtiar dengan membaca ayat-ayat ini, lalu berdoa dan bertawakal kepada Allah, insya Allah, pesakit akan merasakan perbezaannya setelah beberapa hari.

d) Dua rangkaian ayat yang diberikan tadi, iaitu ayat dari surah Al Mukminun (91-100) dan Al-Hajj (31-55), hendaklah diamalkan selama empat hingga lima minggu.

Baca dengan seikhlas hati dan penuh keyakinan.

Setelah empat hingga lima minggu membaca ayat tadi, pesakit perlu pula membaca dua dari rangkaian ayat surah-surah di bawah ini.

4. Surah Rangkaian Ayat :

1. Surah Hud ayat 60 - 80 dan Surah Al-Anbiya ayat 38 - 50 atau

2. Surah Yunus ayat 55 - 70 dan Surah An-Nahl ayat 90 - 110 atau

3. Surah Ibrahim ayat 9 - 22 dan Surah Al-Qasas ayat 66 - 88 atau

4. Surah Yunus ayat 71 - 89 dan Surah Al-Kahfi ayat 38 - 60

60 rangkaian ayat suci Al-Quran yang merupakan ayat spesifik penyembuh penyakit kanser. Malah, ayat ini bersifat khusus untuk setiap tahap kanser dan spesifik untuk setiap jenis kanser yang dialami.

Cuba amalkan ayat-ayat di atas dan yakin dengan sepenuh hati bahawa yang akan menyembuhkan penyakit adalah Allah s.w.t.

Wallahu a’lam.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: