8 Juadah Istimewa Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan


Setiap kali tiba bulan Ramadhan antara yang istimewa secara tradisinya di negara kita adalah juadah berbuka puasa yang bermacam-macam jenis dan nama yang unik. Memang boleh buat terasa lapar bila fikir juadah berbuka yang ada dijual di bazaar Ramadhan. Ada makanan yang kekadang cuma boleh didapati di bulan Ramadhan sahaja. Bukan cakap tiada di bulan biasa, cuma mungkin kurang kerana pemintaannya yang tinggi hanya di bulan Ramadhan.

Berikut 8 juadah istimewa berbuka puasa di bulan Ramadhan :

1. Nekbat



Orang Kelantan dan Terengganu pasti kenal dengan kuih ini. Ia boleh dikatakan sebagai kuih ‘rare’ dan pelik yang bermusim kerana ianya hanya boleh didapati di bulan puasa. Bulan-bulan biasa agak sukar dan boleh dikatakan tak ada orang jual.

2. Nasi Ulam



Setiap tahun antara makanan yang pasti ada sekurang-kurangnya sehari dalam sepanjang bulan Ramadhan sebagai juadah berbuka puasa ialah nasi ulam. Nasi ulam adalah makanan tradisi di negeri Kedah dan negeri di sebelah utara, terutama pada bulan Ramadhan. Kecuq ayaq liuq no!

3. Ayam Tempayan



Ayam tempayan ini rasanya memang dapat tengok waktu bulan puasa saja. Mana ada ayam tempayan jual di pasar malam? Ditambah dengan sosnya yang manis, sedap! Memang merupakan favourite seisi keluarga.

4. Popia Cheese



Tengok gambar sajapun sudah terliur. Popia yang penuh dengan cheese memang menarik perhatian. Antara juadah paling sedap dekat bazaar Ramadhan. Ada ke yang sudah cuba? Memang terbaik. Balik kerja boleh pergi serbu, okay!

5. Murtabak Cheese



Fuhh! Sekarang semua benda nak letak cheese. Apa kata anda cuba pula murtabak cheese. Bukan seperti murtabak biasa tahu!

6. Lompat Tikam



Rasanya makanan ini ada juga waktu hari biasa cuma pemintaannya tinggi menjelang bulan puasa. Juadah ini merupakan manisan yang sedap setelah seharian berpuasa.

7. Talam Keladi Berlauk



Kita biasa dengar kuih cara berlauk tetapi kali ini kuih talam keladi berlauk. Siapa pernah makan? Memang sedap kalau kena bulan puasa macam sekarang ini.

8. Colek



Ini paling favourite. Bayangkan lepas tarawih pekena pula colek, fuh, terangkat! Colek ini sebenarnya merupakan istilah yang bermaksud cicah bersama apa jua sos. Biasanya colek ini merupakan tradisi negeri Kelantan selepas tarawih. Ada 4 colek yang tersohor, iaitu; Colek kerang, Colek perut, Colek ayam dan Colek buah. Tak kisahlah colek apapun, buah atau lauk. Janji ianya dicolek dengan kuah sos yang disediakan.

      Baca : 50 Soal Jawab Lazim Sekitar Ibadah Puasa Bulan Ramadhan

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Selain daripada beberapa juadah di atas, air katira juga antara minuman yang boleh dikatakan memang bermusim. Bulan puasa saja mesti ramai yang jual. Memang bulan puasa saja pun rasa teringin nak minum air ini. Hari lain mungkin susah juga nak cari air katira dijual di pasar minggu atau di mana-mana.

- Daku Amat

Tags : bulan ramadhan juadah berbuka puasa ramadan kareem waktu iftar ayam tempayan nekbat nasi ulam utara popia cheese murtabak cheese
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: