13 Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Makan Ubat Klinik


Biasanya disebabkan oleh beberapa sebab seperti stres, terlalu lapar, terlalu mengantuk, terlalu banyak mengambil minuman berkafein, dehidrasi dan banyak lagi maka kita akan mengalami sakit kepala.

Sakit kepala ada beberapa jenisnya, diantaranya, sakit kepala cluster, sakit kepala migrain, sakit kepala berkepanjangan, sakit kepala vertigo dan sebagainya. Langkah pengubatan untuk setiap jenis sakit kepala juga berbeza.

Berikut 10 cara hilangkan sakit kepala tanpa makan ubat klinik :

1. Guna limau kasturi

Ini cara menghilangkan sakit kepala menggunakan petua orang lama. Perah limau kasturi atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Sambil-sambil meramas rambut, picit bahagian kepala yang rasa sakit. Kulit limau jangan dibuang. Masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih. Selepas siap sesi ramas dan picit kepala, jiruskan air yang mengandungi kulit limau atas kepala dan badan.

2. Guna tembikai

Tembikai merupakan jenis buah-buahan yang kaya akan air, jadi dapat anda gunakan untuk mengatasi sakit kepala yang diakibatkan oleh dehidrasi.

3. Guna pisang

Buah pisang mempunyai banyak manfaat. Dalam dunia kecantikan, buah ini juga biasa digunakan sebagai masker semulajadi untuk perawatan kulit. Salah satunya bermanfaat untuk menghilangkan jerawat. Selain itu, kandungan kolagen dalam buah pisang dapat mencegah penuaan dini dengan cara mengembalikan kekenyalan kulit.

Selain kaya akan potasium ternyata pisang juga kaya akan magnesium yang dapat membantu meredakan migrain. Jika sakit kepala menyerang, anda boleh memakan buah pisang untuk mengurangi rasa sakit pada kepala.

4. Urut dengan minyak panas

Antara cara untuk menghilangkan sakit kepala yang terbukti berkesan adalah dengan mengambil minyak panas dan dilumurkan di bahagian kepala, tengkuk dan di belakang telinga. Setelah menyapu minyak tersebut, ia diikuti dengan urutan ringan di bahagian tersebut. Hanya selepas beberapa minit, kombinasi minyak panas dan urutan dapat menghilangkan sakit kepala tadi.

Cara hilangkan sakit kepala ini sesuai untuk orang yang biasa dengan minyak panas. Jika tidak biasa, tidak perlu cuba, kerana, ada orang yang langsung tidak tahan dengan minyak panas.

5. Guna pek ais

Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Ini akan buat kita rasa kebas atau numb. Jika tiada ice pack, balutkan sahaja ais yang dibeli di pasaraya dengan tuala kecil. Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit.

6. Memakan ikan

Memakan ikan juga dapat membantu meredakan sakit kepala. Apalagi ikan yang berlemak seperti ikan salmon, makarel atau tuna yang kaya akan omega-3 dan lemak esensial yang dapat mencegah peradangan yang dapat menimbulkan migrain.

7. Jauhi MSG

Monosodium glutamat atau MSG ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. Ia berasal dari asid amino, dipanggil asid glutamik, yang wujud secara semulajadi dalam pelbagai jenis makanan. Ramai orang yang mengalami sakit kepala mendapati bahawa makanan yang mengandungi MSG mencetuskan migrain atau lain-lain jenis sakit kepala, mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa ia merangsang neuron.

8. Guna buah epal dan cuka epal cider

Kedua-duanya, buah epal dan cuka epal boleh digunakan untuk melawan sakit kepala. Dikatakan, bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala. Bukan itu sahaja, cuka epal juga boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali dalam badan.

Bila bangun pagi dan rasa sakit kepala, makan sepotong epal yang ditaburkan garam. Minum air masak. Alternatif lain, letakkan 3-4 sudu cuka epal dalam air suam. Basahkan tuala dengan air suam bercampur cuka epal tadi dan letakkan di kepala yang terasa sakit.

9. Minum air elektrolit

Tidak kurang juga ada orang melaporkan dengan meminum air elektrolit, seperti 100 Plus dan Revive. Ia dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan dan merupakan salah satu cara untuk hilangkan sakit kepala. Memandangkan air tersebut mengandungi gula dan kandungan tenaga yang agak tinggi, elakkan dari mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Cukuplah sekadar dapat mengatasi sakit kepala tadi dan bukan jadikannya minuman harian.

10. Letak kain basah di dahi

Anda juga boleh meletakkan kain basah yang sejuk di atas dahi anda sambil baring. Seperti cara gunakan pek ais, cara hilangkan sakit kepala ini dapat mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pengaliran darah ke kepala supaya ia tidak berasa terlalu tertekan. Sambil baring, anda boleh cuba untuk bertenang dan berehat selama beberapa minit sehingga anda berasa lega.

11. Rendam kaki dalam bekas air suam

Lagi satu cara hilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas air panas suam. Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda.

Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat rasakan kelegaan dari sakit kepala tadi. Cara hilangkan sakit kepala dengan cara rendam kaki ini sesuai dilakukan di rumah sahaja. Jika di pejabat, tentu sekali sukar!

12. Rawatan akupuntur

Bagi mereka yang sering sakit kepala secara berulang-ulang, anda boleh mendapatkan rawatan akupuntur sebagai cara untuk hilangkan sakit kepala. Mengikut fahaman akupuntur, jarum kecil yang dimasukkan di bawah permukaan kulit dapat menyelaraskan kembali aliran tenaga atau Qi di dalam badan.

13. Rehatkan diri

Orang kata, tidak elok makan ubat selalu. Apa kata kita tahan buat sementara waktu. Apabila sakit kepala menyerang dan anda berada di tempat yang sesuai untuk berehat seperti di rumah, apa kata anda baring seketika di tempat yang gelap dan bebas daripada sebarang bunyi yang bising. Walaupun anda hanya dapat rehat selama 30 minit sekalipun, ia sedikit sebanyak dapat melegakan sakit kepala tersebut. Cara hilangkan sakit kepala ini nampak mudah, tetapi sukar untuk berehat jika berada di pejabat.

Tahukah anda terlalu banyak tidur itu salah, namun kurang tidur juga salah, kerana tidur itu harus normal. Manusia tidak boleh bekerja selama 24 jam, kerana manusia bukan robot. Usahakan anda mendapatkan waktu tidur yang cukup misalnya 7-8 jam agar anda terhindari dari sakit kepala.

      Baca : 6 Rahsia Saintifik Dalam Pergerakan Solat Membuatkan Saintis Terkejut

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Pastikan anda minum air yang mencukupi, sekurang-kurangnya dua liter setiap hari. Lagi banyak, lagi bagus. Kandungan air dalam badan sangat penting. Dengan memastikan pengambilan air yang mencukupi ini, anda dapat menghindari dari dehidrasi yang boleh mengakibatkan sakit kepala tersebut.

- Daku Amat
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: