5 Sikap Ini Bukti Ramai Cikgu Sebenarnya Tidak Serius Jadi Cikgu?


Profesion seorang guru memang mencabar mengikut peredaran zaman. Bukan mudah untuk menjadi pendidik demi memandaikan bangsa. Sebab itulah kerjaya seorang guru selalu dipandang mulia sejak dahulu lagi. Namun begitu bukan bermakna tiada masalah dalam institusi perguruan ini. Berikut di bawah ini luahan seorang guru terhadap kerjaya perguruan dari pandangan kaca mata beliau.

Aku seorang guru berumur 29 tahun. Mengajar di salah sebuah sekolah rendah di negeri Selangor. Aku tengok ramai netizen beberapa hari ni kutuk cikgu macam-macam sebab ada satu isu viral soalan matematik budak. Komen yang aku baca banyak kutuk cikgu dalam bermacam hal. Aku setuju. Aku sudah 5 tahun berkhidmat ni pun kadang-kadang rasa macam orang gila tengok kerenah cikgu-cikgu ni.

Berikut 5 sikap ini bukti ramai cikgu sebenarnya tak serius jadi cikgu? :

1. Cikgu veteran takut nak ambil pendekatan baru


Ini, salah satu hal yang susah betul nak kata tidak berlaku. Bila aku borak dengan kawan-kawan satu batch yang posting, ramai yang kata perkara yang sama. Cikgu lama seperti tepu, macam konkrit. Tak mahu terima pembaharuan langsung. Nak juga kekal teknik P&P (pembelajaran dan pengajaran) zaman dia belajar dekat Maktab. ABM masih pakai manila kad. Nak kekalkan "teacher talks, student listen".

2. Cikgu-cikgu berlakon buta ICT


Aku kesian betul dengan seorang cikgu ni di sekolah aku. Cikgu lelaki. Dia dulu jurusan IT kemudian jadi cikgu. Sudah berumur, 30 tahun lebih. Bila ada masalah berkaitan komputer, dia kena. Bukannya masalah makmal komputer, itu nasib baik technician ada, ini masalah komputer peribadi.

Laptop hang, komputer lembap nak buang apps dari telefon, memory telefon penuh pun cari dia. Sekarang ini zaman teknologi. Masalah-masalah macam tu boleh saja buka internet tengok solution. Tak pun pergi hantar kedai. Semua nak perkhidmatan free saja cikgu-cikgu ni. Kesian aku tengok dia melayan cikgu-cikgu ni. Pakai tahu, menjaganya tak nak pula!

3. Selalu mengeluh bila kena buat kerja yang melibatkan anak murid


Aku selalu marah bila rakan sekerja aku merungut-rungut kalau dia kena hantar pelajar ke acara pelajar seperti sukan atau pertandingan. Bukannya selalu, sekali-sekala. Dia punya merungut tu macam dunia sudah nak kiamat.

Nak buat macam mana lagi, kita tiap-tiap orang cikgu ada kena assign dengan aktiviti ko-korikulum. Buat untuk budak-budak apa salahnya? Kalau budak menang, dia pulak yang melebih-lebih nak kata dia yang latih budak-budak tu.

4. Tak terbuka menerima bantuan kerajaan pada cikgu


Kami ada dapat telefon dengan tablet. Tak pakai pun. Kutuk pun ada. Benda elok, benda percuma, boleh pulak dikutuknya dikata baik tak payah bagi. Logik ke pemikiran macam tu boleh jadi cikgu? Karang tak bagi marah pula.

Memang aku akui susah kami nak utilize benda tu terutamanya telefon 4G sebab kami sendiri tak tahu macam mana nak guna. Tiap-tiap bulan kami diberikan 2GB mobile internet secara percuma jadi daripada korang kutuk-kutuk benda tu tak ada faedah, apa kata gunakan kemudahan yang sudah diberikan ke arah yang berfaedah? Benda itu ada dalam tangan kita, Kita yang kawal.

5. Tak minat jadi cikgu tapi nak gaji cikgu


Tiap-tiap sekolah mesti ada 3-4 orang cikgu macam ni. Sudahlah menyusahkan orang. Dia lagi sibuk pergi buat benda lain yang aku malas nak tanya apa dia buat sampai orang lain kena relief kelas dia. Ada seorang cikgu sekolah aku, rupanya dia rajin masuk kelas 2 minit bagi kerja kemudian dia keluar. Pergi ke mana aku tak tahu?

Tiap-tiap hari buat macam tu sampai budak tak belajar apa. Sudah kena tegur open-open masa mesyuarat pun dia buat tak peduli. Orang muda. Aku rasa dia ni datang sekolah pun sebab ada kontrak wajib kena berkhidmat, lepas habis larilah dia. Seronok makan gaji buta. Lepas tu nampak lagi banyak buang masa makeup kereta Myvi dia tu. Myvi aje pun. Makeuplah macam mana pun bukan boleh jadi Ferrari!

      Baca : 6 Nasihat Untuk Mereka Yang Susah Sesuaikan Diri Dalam Alam Pekerjaan

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Macam itulah kisah aku. Saja aku nak luahkan sementara tengah panas isu cikgu. Aku yang cikgu pun kutuk cikgu tapi niat aku tulis ni baik. Aku tak suka tengok kaliber cikgu sekolah dipermainkan oleh mereka yang banyak ambil kesempatan. Lagipun dulu profesion cikgu sangat berprestij, tak macam sekarang.

- Daku Amat

Tags : profesion guru sekolah pendidikan murid-murid pengetua sekolah

6 Nasihat Untuk Mereka Yang Susah Sesuaikan Diri Dalam Alam Pekerjaan Selepas Tamat Belajar


Wakil sebuah firma pekerjaan berkata, graduan di Malaysia mempunyai kemahuan yang tidak realistik jika dibandingkan dengan realiti sebenar dunia pekerjaan. Adakah perkara tersebut benar atau hanya sekadar omongan kosong untuk memastikan permintaan graduan-graduan baru kekal rendah?

Bagaimanapun, memang tidak dinafikan ada pelbagai aspek yang perlu diperhalusi sebagai graduan yang baharu sahaja menamatkan zaman belajar dan kini mula menceburi alam pekerjaan.

Di bawah ini merupakan nasihat-nasihat berguna yang selalu dipandang remeh oleh graduan baru. Begitu juga dengan pekerja yang sudah mempunyai pengalaman bertahun-tahun. Nasihat-nasihat ini diharapkan dapat membantu anda dalam mencari pekerjaan dan membantu meringankan proses menyesuaikan hidup di tempat kerja yang baru.

Berikut 6 nasihat untuk mereka yang susah sesuaikan diri dalam alam pekerjaan :

1. Tidak ada siapa peduli apa kelulusan anda!


Walaupun anda datang bekerja dengan segulung ijazah yang anda susah payah dapatkan, ini tidak bererti anda hebat dan serba tahu. Kosongkan fikiran anda. Buang semua bukti yang anda hebat memimpin di kolej atau universiti dulu, kemudian belajar semula.

Organisasi baru memerlukan corak pemikiran yang baru. Jadi jangan terkejut jika selama ini anda rasa anda mempunyai bakat superhuman dan sangat penting, tetapi anda dipandang sebagai Mr.Nobody di tempat kerja baru anda.

2. Jangan terus rasa anda original!


Perkara yang paling menyakitkan hati adalah apabila wujud pihak lain yang mengambil kredit daripada idea atau kerja kita. Perkara itu akan berlaku walau sekuat mana pun anda melawan. Buat permulaan, walaupun anda tahu idea itu merupakan idea anda, cuba cari jalan supaya idea tersebut dapat dikreditkan secara berkumpulan, misalnya melibatkan jabatan atau unit anda.

Ini akan membuatkan anda jadi popular di kalangan rakan sekerja kerana mereka kini mempunyai sebab untuk lebih mempercayai keikhlasan anda.

3. Hindari diri dari politik pejabat!


Menyertai kumpulan-kumpulan atau puak di dalam pejabat mampu membuatkan kita rasa selamat tetapi selalunya jalan yang lebih selamat adalah menjadi individu yang tidak mampu dikaitkan dengan mana-mana puak yang memegang sentimen masing-masing.

Sebaliknya, cuba jadikan diri anda orang yang dipercayai dan tidak melibatkan diri dalam mana-mana puak kerana ini akan membuatkan anda kurang menjadi sasaran sebagai kambing hitam jika wujud insiden atau isu pejabat.

4. Semak resume anda sebelum menghadiri temuduga


Ini benda paling asas. Resume adalah dokumen pertama di mana anda akan dinilai. Pastikan tidak ada kesalahan ejaan berlaku atau lari susun atur. Resume tidak perlu meleret-leret, cukup sekadar memaparkan apa yang diperlukan dan apa yang anda rasa penting untuk diketengahkan.

Tidak menjadi kepentingan resume datang dalam bentuk berwarna dan pastikan tidak ada penggunaan font yang fancy untuk 'mencantikkan' resume anda. Less is more. Pastikan gambar yang digunakan tidak pecah pikselnya.

5. Anda akan lakukan kesilapan namun teruskan hidup!


Sewaktu belajar, apabila anda melakukan kesilapan, selalunya kesilapan itu tidak akan membawa kesan yang besar. Paling besar pun, kesan ke atas anda sahaja. Dalam dunia pekerjaan pula, kesilapan adalah sesuatu yang melibatkan ramai orang lain dan mungkin memberi kesan kepada syarikat misalnya.

Tetapi anda harus terima yang anda juga akan melakukan kesilapan. Jika terbukti anda tersilap langkah, akui kesilapan dan teruskan dengan rutin profesional anda seperti biasa. Jika ada tindakan susulan, minta penjelasan dari pihak pengurusan. Pastikan anda bersikap profesional setiap masa dan tidak terpengaruh dengan emosi.

6. Tolonglah buat alamat email baru!


Pelajar-pelajar Melayu khasnya, amat gemar mengekalkan alamat email yang mereka gunakan semasa zaman belajar untuk digunakan sewaktu memohon pekerjaan. Tolong tukar email anda jika email anda itu tidak memaparkan nama.

Susah hendak diterangkan kenapa 'prettygurlz95@yahoo.com' atau 'ben_naruto2001@gmail.com' bukan email yang sesuai untuk mereka yang sudah bekerja. Tetapi percayalah, jangan guna email tersebut. Ciptalah akaun email yang baru. Gunakan email lama untuk tujuan peribadi sahaja.

      Baca : 6 Kemahiran Yang Graduan Perlu Ada Sebelum Memasuki Alam Pekerjaan

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Setiap orang mempunyai matlamat dalam bidang kerjaya. Walaupun kerjaya dengan gaji yang besar menjadi idaman ramai namun mereka yang mencari pekerjaan haruslah bersifat realistik. Apa yang penting, anda perlu tingkatkan nilai diri dan membuat pelbagai persiapan untuk menempuh alam pekerjaan.

- Daku Amat

Tags : graduan mencari perkerjaan alam kerjaya jobseekers pengetahuan

6 Kemahiran Yang Graduan Perlu Ada Sebelum Memasuki Alam Pekerjaan


Selepas menamatkan pengajian di universiti, anda akan menceburi alam pekerjaan yang lebih mencabar. Ketika alam pekerjaan ini, bermacam-macam ragam manusia anda lihat. Sebagai persiapan untuk menceburi alam pekerjaan, ada beberapa kemahiran penting yang harus anda miliki terlebih dahulu.

Percayalah, dengan memiliki kemahiran atau skil-skil di bawah ini, InsyaAllah ianya dapat membantu anda lebih berjaya dalam dunia pekerjaan kelak.

Berikut 6 kemahiran yang graduan perlu ada sebelum memasuki dunia pekerjaan :

1. Kebolehan belajar sesuatu yang baru dengan pantas


Ketika bekerja, anda akan belajar banyak perkara baru daripada semasa ke semasa. Berlainan daripada zaman belajar di mana terdapat silibus yang boleh anda pelajari sebaliknya ketika di alam pekerjaan, kebanyakan ilmu yang anda perolehi adalah daripada pembacaan sendiri, carian di internet, melalui rakan sekerja dan sumber-sumber lain. Seseorang yang cepat mempelajari sesuatu ilmu baru selalunya lebih disayangi oleh bos anda dan lebih mudah untuk berjaya dalam bidang pekerjaan.

2. Kemahiran berkomunikasi


Tahukah apa tujuan utama sesi interviu diadakan sebelum mengambil seseorang pekerja? Selain mengetahui lebih lanjut mengenai calon pekerja yang memohon pekerjaan, sesi interviu merupakan salah satu cara mengetahui tahap komunikasi seseorang. Daripada segi pertuturan, tahap keyakinan dan kebijaksanaan anda menjawab soalan, semuanya dapat dilihat ketika sesi interview.

3. Pengalaman bekerja


Pengalaman bekerja di sini bukanlah bermaksud anda pernah mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang sama yang anda akan kerja. Sebaliknya, pengalaman bekerja dengan orang lain. Sekiranya anda jenis yang tidak gemar bekerja di bawah arahan orang lain, anda mungkin layak membuka bisnes atau melakukan pekerjaan yang tidak memerlukan anda terikat dengan arahan daripada orang atasan.

4. Kemahiran membuat analisa


Ketika zaman belajar dahulu, ada sesetengah pelajar yang amat membenci subjek matematik. Walaupun ketika alama pekerjaan anda tidak akan menjumpai soalan-soalan matematik seperti ketika zaman anda belajar dahulu, namun subjek matematik sebenarnya bertujuan untuk menajamkan kemahiran anda berfikir serta bijak membuat analisis. Di alam pekerjaan, kebanyakan masalah yang akan anda hadapi perlu dianalisis terlebih dahulu untuk mengetahui puncanya sebelum anda boleh menyelesaikan.

5. Berkebolehan kerja secara berkumpulan


Apabila bekerja, ada kalanya anda dikehendaki untuk bekerja dengan rakan sekerja anda untuk sesuatu projek. Sekiranya ketika zaman belajar dahulu anda lebih suka bekerja secara sendirian, apabila bekerja kelak anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk bekerja dalam kumpulan. Apabila bekerja secara berkumpulan, antara skil yang perlu anda miliki adalah boleh menerima pandangan dan idea orang lain dan sedia ditegur.

6. Pandai menetapkan prioriti


Dalam bidang pekerjaan, ada kalanya anda akan menerima beberapa arahan atau kerja yang perlu disiapkan dalam masa tertentu. Oleh itu anda haruslah bijak menetapkan keutamaan atau priority kerja mana yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak menetapkan prioriti, nescaya anda tidak akan memiliki masa yang mencukupi untuk menyelesaikan semua tugasan yang diberikan.

      Baca : 9 Tanda-Tanda Kucing Peliharaan Anda Akan Mati

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Persediaan kemahiran-kemahiran di atas, cukup untuk menggambarkan bahawa alam kerjaya adalah dunia yang serius. Ia memerlukan kesungguhan dan komited dalam menyiapkan tugasan. Namun, janganlah pula melihat ia sebagai suatu yang membebankan sebaliknya anggaplah ia suatu cabaran untuk mematangkan diri dan mempersiapkan diri ke fasa yang lebih jauh seperti; alam perkahwinan, mengembangkan harta dan memiliki kehidupan yang selesa dunia dan akhirat.

- Daku Amat

Tags : graduan mencari perkerjaan kemahiran asas dunia pekerjaan pengetahuan

9 Tanda-Tanda Kucing Peliharaan Anda Akan Mati


Bagi anda yang memiliki kucing peliharaan yang sedang sakit mungkin anda harus tahu apa tanda-tanda kucing yang akan mati supaya setidaknya anda sebagai pemilik kucing boleh memberikan perawatan yang maksima sebelum kematian menjemputnya.

Berikut 9 tanda-tanda kucing peliharaan anda akan mati :

1. Kucing menjadi pasif


Seekor kucing yang sudah mendekati kematiannya atau sedang dalam keadaan sakit yang sangat berat maka kucing kebiasaannya hanya akan berbaring saja dan tidak bergerak seolah-olah sukar menggerakkan badannya. Ini tanda-tanda bahawa kucing akan mulai mengeras dan kaku di seluruh tubuhnya.

2. Kucing diam tidak bersuara


Kucing tidak bersuara juga salah satu tanda ia mendekati kematian. Tenaga kucing menjadi sangat lemah yang membuat ia sangat sukar untuk mengeluarkan suara. Ada juga ia mengeluarkan sesekali suara cukup keras dan biasanya kerana rasa sakit yang ia alami menjelang kematiannya. Pendek kata, jika suaranya semakin mengecil maka kematiannya sudah semakin hampir.

3. Penurunan suhu badan dan denyutan jantung


Kebanyakkan kucing memiliki suhu purata 36 darjah celcius dan ia akan semakin menurun jika sudah menghampiri kematian, denyut jantungnya juga semakin lama semakin melemah. Denyutan jantungnya juga biasanya semakin tidak teratur sebelum akhirnya benar-benar berhenti berdenyut (mati).

4. Perubahan perwatakan


Kalau kucing anda memang sudah terbiasa mudah untuk dipegang, mungkin saja kucing anda berubah menjadi pemarah dan tidak mahu dipegang kerana sedang kesakitan. Ada juga sesetengan kes lain, jika kucing anda biasanya bersifat berdikari dan sering keluar rumah, sekarang jadi selalu mencari perhatian dan ingin ditemani tuannya.

5. Perubahan penampilan


Kucing anda juga akan berubah menjadi lebih kusut dari biasanya serta tidak punya tenaga untuk grooming sendiri. Sekiranya ia berlaku pada kucing anda, segeralah bawa ke klinik haiwan untuk pemeriksaan lanjut.

6. Perubahan selera makan


Kucing yang sedang sakit kuat, tidak lagi mahu makan dan minum, bahkan jika diberi makanan kesukaannya pun tetap tidak mahu makan. Jika kucing anda tidak mahu makan 2-3 kali jadual makan secara berurutan, sebaiknya anda bawa ke doktor veterinar untuk diperiksa lebih lanjut.

7. Nafas tidak teratur


Kucing anda juga akan bernafas secara keras sehingga berbunyi. Dan mungkin terjadi di mana kucing anda akan membuka mulut serta mengeluarkan lidahnya.

8. Kucing akan bersembunyi


Kucing yang sudah tahu bahawa ia akan mati, atau kucing yang sedang sakit akan mula mencari tempat yang dianggapnya sangat selesa. Kekadang sangat jauh dari pemiliknya jika kucing itu biasa keluar rumah. Kucing akan mencari tempat yang memang benar-benar tidak panas, teduh atau gelap. Mungkin saja di bawah kenderaan, di bawah pokok atau di bawah katil. Seolah-olah tidak mahu tuannya melihat dia mati.

9. Menghilang tanpa jejak


Tanda lain yang kucing anda akan mati ialah secara tiba-tiba kucing anda menghilang tanpa ada yang tahu. Mungkin ia faham dan tidak mahu tuannya sedih melihat ia mati. Oleh itu, tuannya harus siap dari segi mental untuk kehilangan kucing kesayangan dan pastinya itu sangat membuat anda sedih.

      Baca : 8 Spesies Ikan Paling Berbahaya Di Dunia

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Mengucapkan selamat tinggal memang tidak pernah menjadi hal yang mudah bagi anda pecinta kucing, di mana kucing memang sudah menemani anda hari-hari dan dianggap sebahagian daripada anggota keluarga. Tetapi jika anda dapat mengetahui lebih awal tanda-tanda kucing anda akan pergi selamanya, ia mungkin akan membuatnya lebih selesa dengan menemani serta mengungkapkan betapa anda menyayanginya, dengan mengelusnya lembut dan ada di sisi ketika ajal menjemput kucing kesayangan anda.

- Daku Amat

Tags : kucing haiwan peliharaan kucing kesayangan veterinar pengetahuan

8 Spesies Ikan Paling Berbahaya Di Dunia


Jika anda seorang yang meminati aktiviti memancing, anda mungkin lebih mengetahui mengenai pelbagai jenis spesies ikan yang terdapat di dalam laut dan sungai. Biasanya, kebanyakan daripada kita hanya mengetahui spesies ikan yang kita makan dalam kehidupan seharian sahaja, tidak lebih daripada itu. Para saintis menjelaskan bahawa sehingga tahun 2010, terdapat lebih daripada 2 juta spesies hidupan laut, yang mana 15,304 daripadanya adalah ikan.

Dan di antara spesies ikan ini, terdapat ikan yang sangat merbahaya dan berpotensi membunuh, antaranya adalah ikan jerung. Namun, masih terdapat banyak lagi spesies ikan yang sangat merbahaya di dalam laut yang tidak kita ketahui. Di bawah ini diberkongsikan 8 spesies ikan yang paling merbahaya di dalam lautan dan sungai.

Berikut 8 spesies ikan paling berbahaya di dunia :

8. Dragonfish



Cerita horor laut dalam masih berlanjut, dan ikan Dragonfish cukup terkenal kerana mulutnya yang oversized dan giginya mirip taring yang menakutkan. Kepalanya saja semuanya seperti hanya diisi dengan rahang dan mata. Ikan ini mengeluarkan cahaya yang indah untuk menarik bakal mangsanya, sama seperti kail pancing Anglerfish. Ikan ini tergolong predator buas yang menakutkan dan seharusnya dihindari.

7. Blowfish



Kebanyakan daripada kita mengenali ikan Buntal atau Blowfish ini. Ia merupakan ikan karnivor yang bukan sahaja boleh dijumpai di perairan tropika dan subtropika tetapi juga di air tawar dan paya. Ciri pertahanan diri yang ada pada ikan buntal daripada pemangsa adalah keupayaan untuk mengembangkan badan, dan ini dapat menakutkan ikan lain.

Dipercayai merupakan vertebrata kedua paling beracun di dunia selepas katak racun emas. Walaupun kelihatan comel, kulit dan juga duri-duri ikan ini mengandungi racun 1200 kali ganda daripada cyanide ketika mengembang yang boleh membunuh sehingga 30 manusia, membuatkan ia termasuk dalam senarai ikan paling berbahaya di dunia.

6. Viperfish



Sekali pandang pun memang dah nampak keganasan dan bahaya pada ikan ini, namun memang sukar untuk ditemui kerana ia biasanya tinggal di kawasan yang sangat dalam sedalam 2800 meter. Walaupun bersaiz kecil, maksima 30 sentimeter namun ia amat berbahaya dan agresif kerana rahangnya mempunyai taring yang sangat tajam. Menurut saintis, ia merupakan satu daripada empat populasi hidupan laut. Jika anda berpeluang untuk berhadapan dengan ikan ini, risiko untuk anda diserang adalah sangat tinggi.

5. Stonefish



Merupakan sejenis ikan yang agak pemalu, namun antara yang paling beracun di dunia. Biasanya hidup di laut Pasifik dan laut India, ia mendapat namanya disebabkan rupa bentuknya yang menyerupai batu. Sirip-siripnya yang berduri mempunyai racun yang sangat kuat dan boleh membunuh manusia yang menyentuhnya. Apa yang lebih bahaya adalah rupanya yang sukar untuk dilihat itu membuatkan anda boleh terpijak haiwan ini dan menyebabkan anda disengat.

4. Anglerfish



Spesies yang biasanya dijumpai di laut dalam Atlantik dan Antartik ini bukan sahaja antara ikan yang paling berbahaya di dunia tetapi juga paling hodoh di dunia. Namanya "angler fish" digelar oleh kerana cara ikan ini yang amat bijak untuk mengumpan mangsanya dengan menarik perhatian mereka oleh cahaya yang dipancarkan daripada bahagian atas kepalanya. Ia mempunyai kebolehan untuk membuka mulutnya dengan besar untuk memakan haiwan lain yang lebih besar daripadanya. Walaupun merbahaya di lautan, ia amat digemari oleh orang Korea dan Jepun dalam menu makanan mereka.

3. Barracuda



Ikan yang bertaring sangat tajam dan boleh membesar sepanjang 45 sentimeter ini biasanya dijumpai di laut tropika terutamanya Laut Carribean. Tergolong dalam karnivor laut dalam, apa yang membuatkan ikan ini bahaya adalah kebolehannya untuk memecut dengan kelajuan 90 kilometer sejam dengan hanya menggerakkan ekornya dan memangsa haiwan laut lain dengan pantas. Ia masih berbahaya kepada manusia dan akan menyerang manusia walaupun tidak masuk dalam makanan ikan ini.

2. The Goliath tigerfish



Ikan ini mempunyai rahang menyerupai buaya dan sangat kuat serta boleh mencapai satu setengah meter dengan berat 54 kilogram. Jika dilihat pada rupanya sahaja anda sudah boleh tahu akan bahayanya ikan ini, dan namanya diberi gelaran "tiger" kerana ikan ini merupakan spesies yang sangat ganas dan menakutkan. Merupakan jenis terbesar dalam keluarga tigerfish. Walaupun sangat berbahaya tetapi ia amat jarang dijumpai membuatkan ia tidak berada pada nombor pertama dalam senarai ini.

1. Piranha



Spesies ikan yang memang sudah diketahui seluruh pelusuk dunia mengenai keganasannya iaitu ikan Piranha. Tiada siapa yang boleh menyangkal kedudukan ikan ini untuk berada di tangga pertama ikan paling berbahaya di dunia. Mempunyai di antara 40 hingga 60 spesies. Walaupun bertubuh kecil sebesar tapak tangan, dengan gigi yang sangat tajam, rahang yang sangat kuat serta pergerakan yang terlalu pantas, 300 ekor Piranha boleh melenyapkan segala isi pada tubuh manusia seberat 80 kilogram hanya dalam masa 5 minit. Ia boleh dijumpai dalam sungai air tawar di sekitar sungai Amerika Selatan seperti Amazon, Bolivia, Colombia dan beberapa lagi negara Amerika Selatan.

      Baca : 5 Tip Untuk Membuatkan Pasangan Mudah Mendengar Kata-Kata Anda

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Ikan merupakan makanan yang biasa dimakan sehari-hari. Dari berbagai macam jenis ikan di dunia ini terdapat juga beberapa spesies ikan yang paling mematikan dan ganas.

- Daku Amat

Tags : ikan air tawar ikan laut dalam spesies ikan memancing ikan pengetahuan

5 Tip Untuk Membuatkan Pasangan Mudah Mendengar Kata-Kata Anda


Setiap perhubungan romantis tidak terlepas daripada masalah, sama ada kecil atau besar. Hubungan di antara lelaki dan wanita adalah hubungan di antara dua makhluk yang diciptakan sangat berbeza dan naluri yang tidak sama. Jadi, pastinya dari masa ke masa akan berlaku perbalahan atau pertengkaran. Ini adalah normal.

Namun, terdapat perkara yang boleh mengelakkan sebuah pasangan daripada sentiasa mengalami masalah yang sama atau sentiasa bergaduh tanpa sebab yang jelas. Salah satunya adalah dengan berkomunikasi dengan baik. Komunikasi adalah salah satu tiang yang sangat penting dalam sesebuah perhubungan. Ramai hubungan yang hancur ditengah jalan akibat komunikasi yang tidak baik.

Di bawah ini diberkongsikan 5 cara yang terbukti berkesan untuk membuatkan pasangan anda mendengar apa yang ingin anda sampaikan dengan syarat kedua-dua pihak jujur antara satu sama lain.

Berikut 5 tip untuk membuatkan pasangan mudah mendengar kata-kata anda :

1. Tahu cara menyetujui untuk tidak bersetuju (agree to disagree)


Walaupun anda sehati sejiwa dengan pasangan, pastinya terdapat perbezaan dalam beberapa perkara. Antaranya; selera makan, cara berpakaian, muzik yang digemari sehinggalah kepada pemilihan perabut dalam rumah. Pasangan yang saling mencintai pun akan berasa tidak selesa jika berselisih pendapat mengenai kehendak peribadi seperti ini.

Ketika perbalahan berlaku anda akan merasakan diri anda diabaikan oleh pasangan anda yang mana ia boleh menjadi hal yang serius. "inner child" kita yang akan selalu mengawal emosi kita, dan apa yang logik yang sepatutnya dilakukan itu dikawal oleh diri kita yang dewasa. Jadi, kita perlu bijak dalam membuat keputusan, dan bersedia untuk mengalah serta bertolak ansur. Apa yang penting, anda perlu ingat bahawa kedua-dua pendapat, iaitu pendapat anda dan pasangan adalah benar.

2. Anda perlu dengar pendapat orang supaya orang juga dengar pendapat anda


Jika setiap kali dalam pertengkaran anda sering bercakap mengenai apa yang anda rasa dan memotong percakapan pasangan anda ketika mana anda sepatutnya diam dan mendengar, bagaimana anda rasa orang lain akan mendengar pendapat anda? Dengar apa yang pasangan anda hendak perkatakan, anda akan dapat melihat pasangan anda akan memberikan respon yang sepatutnya terhadap apa yang ada perkatakan juga.

3. Berkata apabila perlu dan jangan berlebih-lebih


Ini yang selalu diendahkan dalam sesuatu pertengkaran atau perbincangan. Anda hanya perlu mengutarakan apa yang perlu sahaja dan tahu bila untuk berhenti. Jika anda asyik bercakap tiada batasan, anda hanya menampakkan diri anda menekankan apa yang anda hendak perkatakan sahaja, dan bukan mahu berbincang mengenai masalah tersebut sebagai orang dewasa.

Sentiasa beringat untuk berhenti, dan berikan sedikit masa kepada pasangan anda untuk hadam apa yang disampaikan supaya dia boleh memberikan respon yang baik.

4. Jangan gunakan perkataan yang keras atau kesat


Biasanya ketika pertengkaran berlaku, anda pastinya berasa marah dan sukar untuk mengawal perasaan. Ini menyebabkan anda menggunakan perkataan yang keras dan kasar walaupun anda sebenarnya tidak bermaksud langsung. Apabila ini berlaku, perbincangan yang sepatutnya membuahkan hasil terus akan terbantut dan akan menyebabkan pergaduhan yang lebih teruk.

Gunakan perkataan seperti "tolong" daripada menggunakan "sekarang". Walaupun anda mempunyai kuasa, adalah lebih baik dengan menggunakan pendekatan yang lembut. Disebabkan anda boleh, tak semestinya anda perlu. Satu lagi adalah, dengan bertanyakan soalan berkali-kali seolah-olah ingin memprovokasi pasangan anda. Elakkan tindakan ini, melainkan jika ianya sangat perlu sahaja.

5. Elakkan dari menyalahkan


Anda dan pasangan anda berada dalam satu hubungan romantis, jadi, ia amatlah bertentangan dengan perkara yang akan terjadi jika anda menyalahkan satu sama lain. Ia hanya akan membunuh keromantisan yang wujud di antara anda. Jika anda menyalahkan bermakna anda cuba untuk memalukan pasangan anda yang dianggap bersalah. Jika anda benar-benar cinta dan sayang, bagaimana anda mempunyai hati untuk memperlakukan pasangan anda sebegitu rupa?

Tujuan anda berbincang dan bertengkar bukanlah ingin mencari siapa yang salah tetapi mahu mencari penyelesaian supaya anda boleh hidup dengan bahagia. Jika setiap perkara anda akan mencari kesalahan siapa dan "keeping score", ia akan menjadi tabiat dan menjadikan hubungan anda sebagai sebuah perlumbaan yang akhirnya akan hancur di tengah jalan.

Cakap apa yang anda mahu dan rasa tetapi jangan menyalahkan dan memalukan pasangan anda hanya disebabkan anda ingin si dia mendengar dan memberi respon kepada anda.

      Baca : 9 Fakta Tentang Bersin Yang Menarik Untuk Anda Tahu

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Walau apa pun yang berlaku, berbincang dan bertengkarlah dengan berhemah dan sebagai orang dewasa. Anda perlu ingat, setelah tamatnya pertengkaran, pasangan anda lah yang akan menjadi peneman anda setiap masa dari bangun pagi sehinggalah ke tidur. Tak memberi apa pun faedah jika anda menang dalam perbalahan tetapi ianya menyakitkan pasangan anda dan memberikan impak negatif kepada hubugan anda.

- Daku Amat

Tags : tip untuk pasangan mendengar kata rumah tangga pasangan suami isteri perbalahan keluarga pengetahuan

9 Fakta Tentang Bersin Yang Menarik Untuk Anda Tahu


Bersin. Menakutkan sebenarnya bersin ini. Apatah lagi bila kita makan di luar dan kita ternampak tukang masak atau pembancuh air bersin. Kalau kita nampak, memang kita akan angkat kaki. Tetapi tahukah anda mengapa sangat disarankan jika kita bersin, kita perlu menutup mulut dan tidak hanya bersin secara terbuka?

Di bawah adalah beberapa fakta yang dikongsikan berkenaan bersin yang mungkin akan membuatkan anda mengubah tabiat bersin anda selepas ini.

Berikut 9 fakta tentang bersin yang menarik untuk anda tahu :

1. Bersin mampu bergerak sejauh 8 meter


Menurut satu kajian "Violent expiratory events: on coughing and sneezing" yang dilakukan oleh penyelidik MIT, dengan menggunakan kamera berkelajuan tinggi, jarak paling jauh sebiji partikel air bersin mampu mencapai jarak 8 meter yang bersamaan dengan lebih kurang 4 biji kereta atau panjang satu kontena lori. Hembusan nafas yang keluar dari mulut dan hidung ketika bersin juga dapat mencapai kecepatan 106 Km/jam.

2. Jumlah kuman yang keluar ketika bersin - 100 ribu


Setiap kali anda bersin, sebanyak hampir 100 ribu kuman dikeluarkan ke udara dan kuman-kuman ini, ada yang akan terapung dan melayang ke siling. Penemuan penyelidik MIT pada tahun 2014 mampu memberikan perspektif baru pada rekaan ruang udara yang dipasang di bangunan-bangunan kerana jika tidak ada tindakan diambil, siling boleh menjadi tempat pengumpulan bakteria.

3. Kita bersin kerana hidung memerlukan proses mula kembali


Pesakit yang mengalami sinusitis jarang bersin kerana proses bersin itu jarang diaktifkan oleh badan mereka. Bersin sebenarnya banyak memberi kesan positif pada hidup seseorang. Apabila bersin berfungsi dengan sempurna, badan kita akan mengaktifkan saraf untuk bersin supaya partikel kuman 'jahat' yang kita sedut ketika bernafas diperangkap, kemudian dikeluarkan semula ketika bersin.

4. Kita akan memejamkan mata ketika bersin


Walau apa pun anda lakukan, anda akan memejamkan mata ketika bersin. Jika anda bersin pada ketika memandu, pastikan tangan anda memegang stereng dengan betul. Ini adalah satu tindakan refleks luar kawal yang pasti berlaku kerana otak kita akan mengarahkan mata kita dipejamkan ketika bersin.

5. Anda tidak akan bersin ketika tidur


Ketika kita tidur, saraf yang mengawal refleks bersin juga tidur. Kondisi ketika kita tidur yang dinamakan rapid eye movement atonia atau REM atonia yang kita lakukan tanpa sedar ketika tidur, membuatkan neuron motor bersin ditutup sementara. Yang pasti, kita akan terjaga dulu sebelum bersin setiap kali kita tidur.

6. Jangan tahan bersin


Jika anda mahu bersin, jangan tahan kerana ada kemungkinan anda akan mengalami kecederaan apabila menahan bersin yang sudah separuh jalan keluar. Tetapi peluangnya untuk berlaku amatlah rendah. Antara kecederaan yang boleh berlaku adalah pecah salur darah di mata, kecederaan pada gegendang telinga dan kecederaan pada salur darah di kepala.

7. Cara paling berkesan supaya tidak bersin


Cara terbaik untuk menghilangkan rasa hendak bersin adalah dengan menyapu hidung, bernafas dengan kuat atau menekan bahagian di antara bibir atas dan hidung dengan jari. Cara ini amat berguna kalau anda sedang bermain sorok-sorok untuk mengelakkan anda ditangkap.

8. Jantung kita terhenti ketika bersin?


Tidak. Ia adalah mitos yang masih disebar sehingga kini. Apa yang sebenarnya berlaku adalah saluran darah di jantung kita akan berubah menjadi sempit. Ketika kita hendak bersin, kita sebenarnya menarik nafas yang panjang yang menyebabkan tekanan pada dada meningkat dan seterusnya akan menurunkan kadar peredaran darah. Situasi ini hanya berlaku pada satu kali degupan jantung sahaja dan tidaklah sehingga jantung kita benar-benar terhenti, seperti yang ramai percayai. Tekanan darah kita menurun, tidaklah sampai berhenti jantung kita.

9. Anda mesti menutup mulut ketika bersin tapi bukan dengan tangan


Pastikan ini jadi amalan anda selepas ini. Dengan menggunakan tisu atau sapu tangan, tutup mulut anda setiap kali anda bersin. Ini untuk mengelakkan kuman-kuman yang terdapat di dalam bersin anda terbang ke udara. Jika anda terpaksa menggunakan tangan untuk menutup bersin, pastikan anda membasuh tangan anda dengan sabun selepas itu.

      Baca : 7 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Semasa Hari Raya Aidilfitri

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Salah satu kenikmatan tiada tara yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada hamba-Nya adalah bersin. Oleh itulah bagi seorang muslim, selepas bersin kita hendaklah mengucapkan ALHAMDULILLAAH (Segala Puji Bagi Allah), manakala orang yang mendengar bersin pula mengucapkan YARHAMUKALLAH (ÙŠَرْØ­َÙ…ُÙƒَ اللهُ - Semoga Allah memberi rahmat kepadamu) dan dibalas oleh orang yang bersin tadi dengan ucapan YAHDIIKUMULLAHU WA YASHLIHU BALAKUM (ÙŠَÙ‡ْدِÙŠْÙƒُÙ…ُ اللهُ ÙˆَÙŠَصْÙ„ِØ­ُ بَالَÙƒُÙ…ً - Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan membaguskan keadaanmu).

- Daku Amat

Tags : bersin kesihatan refleks informasi udara kuman

7 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Semasa Hari Raya Aidilfitri


Satu Syawal adalah detik yang dinanti oleh seluruh umat Islam sebagai tanda kemenangan setelah sebulan menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang menguji ketahanan fizikal dan mental. Hari Raya Aidilfitri diraikan dengan juadah raya, perhiasan dan rumah terbuka sini-sana. Cukup meriah berkumpul sesama keluarga dan sahabat taulan.

Dalam menyambut hari raya, mungkin kita perlu renungkan beberapa permasalahan yang sering dilakukan oleh masyarakat kita. Inilah kesilapan yang sering dilakukan semasa Hari Raya Aidilfitri.

Berikut 7 kesilapan yang sering dilakukan semasa Hari Raya Aidilfitri :

1. Sentuhan bukan mahram


Budaya masyarakat melayu tidak lari dari amalan bersalaman sama ada sesama keluarga mahupun tetamu. Namun sebagai muslim, kita seharusnya peka dengan batas sentuhan dengan orang lain. Wanita tidak boleh bersentuhan dengan lelaki yang bukan mahram dan begitulah sebaliknya. Ada yang memberi alasan kononya kawan rapat, sepupu, pakcik dan sebagainya. Semua ini tidak boleh dilihat dari segi aspek emosi semata-mata, melainkan dengan mengutamakan pandangan agama terlebih dahulu.

Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi. Diharap hari raya ini, para wanita di luar sana seharusnya lebih sensitif dengan isu ini. Di sinilah kita memulakan didikan kepada masyarakat mengenai cara hidup Islam yang sebenar.

2. Aurat dan ipar duai


Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3. Wangian wanita


Kaum wanita memakai wangi-wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4. Pakaian wanita


Mengapa wanita sedangkan lelaki juga tidak kurangnya? Umum diketahui wanita sering menjadi perhatian dan itu menyebabkan agama memandang serius mengenai aspek pemakaian wanita khususnya dalam musim perayaan. Kebiasaan dalam masyarakat kita, apabila tiba hari raya, maka di situlah segala penampilan menonjol dipamerkan. Apatah lagi apabila wanita berpakaian tidak sekadar dengan perhiasan yang menarik perhatian malah mengikut bentuk badan, pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

Perkara ini sudah jelas mendedahkan aurat. Ini sangat ditegah dalam agama namun ini jugalah yang sering dilakukan oleh masyarakat kita. Kononnya atas alasan perayaan sekali dalam setahun maka segala garis panduan agama diketepikan. Sentuhan.

5. Adab ziarah kubur


Meskipun tiada nas yang menunjukkan larangan menziarahi kubur pada hari raya dan tiada hadis yang melarangnya, maka ulama telah berpandangan harus untuk menziarahinya namun mestilah dengan adab yang betul dan tidak melampau.

Adalah tidak elok sekiranya menziarahi kubur itu sehingga berkumpul beramai-ramai mengakibatkan kubur orang lain dipijak atau menyandar binaan kubur orang lain semata-mata membaca Yasiin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Sekiranya perkara ini berlaku, ia dilarang manurut mazhab Syafie sebagaimana dihuraikan oleh Imam Khatib As-Syarbini.

6. Meninggalkan solat fardhu


Ini sangat serius. Ibadah selama sebulan hanya menjadi sia-sia sekiranya ia tidak memberi sebarang keinsafan semasa hari raya. Bergembira sepanjang aidilfitri tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan solat fardhu. Ia adalah satu kelalaian yang serius dan berdosa.

7. Dosa bertempoh


Apa yang dimaksudkan ialah maksiat yang tertangguh semasa bulan Ramadhan dilakukan semula selepas bulan tersebut. Ini termasuklah menyambung balik permusuhan, atau kembali melakukan maksiat, berkata yang mendatangkan dosa, mengumpat, berbohong, chatting yang mengundang syahwat dan banyak lagi. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

      Baca : 4 Cara Terbaik Untuk Kita Mengakhiri Bulan Ramadhan

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Mungkin inilah contoh kesilapan yang sering dilakukan semasa hari raya yang sangat ketara. Namun ada banyak lagi yang harus diperhatikan untuk dijadikan pengajaran agar kita tidak terjebak dalam perbuatan dosa. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

- Daku Amat

Tags : bulan syawal hari raya aidilfitri kesilapan di hari raya menyambut 1 syawal bulan kemenangan semasa hari raya

4 Cara Terbaik Untuk Kita Mengakhiri Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Ini bermakna, akan tamatlah satu bulan yang penuh barakah dan keampunan di dalamnya. Memang patut bagi orang-orang beriman berasa sedih dengan berlalu perginya Ramadhan. Namun dalam masa yang sama bergembiralah kerana anda masih diberi peluang untuk hidup dan meraih kenikmatan berada di bulan Ramadhan pada tahun ini. Sambil mendoakan agar kita dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang.

Berikut 4 cara terbaik untuk mengakhiri bulan Ramadhan :

1. Bertaubat


Tamatkanlah bulan Ramadhan dengan cara kita kembali kepada Allah s.w.t dalam keadaan rendah diri dan penuh keinsafan. Mohonlah pengampunan daripada Allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh sambil mengakui kedhaifan kita sebagai hamba Allah yang lemah dan sering leka dengan godaan duniawi. Ambil kesempatan ini untuk memburu malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan malam yang hanya dikurniakan kepada umat nabi Muhammad s.a.w iaitu malam lailatul qadar untuk ikhlas beribadah mengingati Allah s.w.t.

2. Bersyukur


Marilah kita menunjukkan rasa syukur kepada Allah s.w.t dan mengharapkan keredhaan-Nya agar ia dapat membantu untuk menghapuskan dosa-dosa dan kesalahan yang kita telah lakukan selama ini. Bersyukur dapat menjadikan kita berasa tenang dan berpuas hati kerana kita akan merasakan sesuatu itu telah cukup. Ia juga menjadikan seseorang itu bersikap positif dan sentiasa optimis dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan akan mengetepikan segala prasangka buruk dan sifat-sifat yang negatif di dalam diri.

3. Bertakbir


Kita hendaklah mengakhiri bulan yang mulia ini dengan memuji dan mengakui kebesaran Allah s.w.t. Bertakbir merupakan salah satu cara untuk mengagungkan dan membesarkan Allah s.w.t dan perkataan "Allahu Akbar" itu sendiri membawa maksud Allah Maha Besar. Selain bertakbir, perbanyakkan diri dengan berzikir mengingati Allah s.w.t pada malam dan siang hari.

4. Berazam untuk berubah


Kita telah melaui bulan yang mulia ini dengan berpuasa, beribadah, dan berbuat baik sepanjang bulan tersebut. Oleh hal yang demikian, tanamlah keazaman dalam diri kita untuk menjadikan bulan Ramadhan sebagai titik permulaan untuk berhijrah menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Jadikan pula bulan Syawal sebagai bulan di mana anda memulakan helaian muka surat yang baharu dalam kehidupan anda sebagai seorang mukmin yang sentiasa taat kepada suruhan Allah s.w.t dan menjauhi segala larangan-Nya.

      Baca : 6 Tip Untuk Kawal Perbelanjaan Semasa Di Bulan Ramadhan

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


8 ciri-ciri puasa yang diterima Allah :

1. Puasa yang ditunaikan dalam keadaan kita meyakini bahawa puasa tersebut pasti diterima oleh Allah s.w.t.
2. Puasa yang di dalamnya kita paling banyak berzikir kepada Allah s.w.t.
3. Puasa yang dikerjakan dengan penuh ketakwaan.
4. Puasa yang dikerjakan dalam keadaan kita banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
5. Puasa yang di dalamnya kita tidak bercakap perkara yang haram, syubhah, makruh dan sia-sia.
6. Puasa yang dilakukan dalam keadaan kita tidak melakukan sebarang dosa.
7. Puasa yang di dalamnya kita paling banyak memberi makan kepada orang lain.
8. Puasa yang dilakukan yang mana selepas berakhirnya Ramadhan maka akan ada perubahan pada diri orang yang berpuasa tersebut.

- Daku Amat

Tags : bulan ramadhan penghulu segala bulan ramadan kareem penghujung bulan ramadan bulan sabar kelebihan bulan ramadan

6 Tip Untuk Kawal Perbelanjaan Semasa Di Bulan Ramadhan


Pejam celik pejam celik, kita sudah memasuki hari kelapan berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Namun, antara masalah yang sering dihadapi masyarakat kita pada bulan mulia ini ialah pembaziran. Di bawah ini disediakan beberapa tip untuk anda sekeluarga supaya dapat mengelakkan daripada amalan syaitan ini.

Berikut 6 tip untuk kawal perbelanjaan semasa di bulan Ramadhan :

1. Berbelanja ikut perancangan


Pertama sekali, rancang perbelanjaan barangan keperluan lebih kurang 2 minggu sebelum Ramadhan bermula. Buat senarai harian secara terperinci dan beli item secara pukal. Elakkan membeli barangan yang tiada dalam senarai. Ini bagi memastikan anda tidak lari bajet sewaktu mengunjungi kedai runcit atau pasaraya.

2. Elak membazir ketika beli juadah berbuka


Pastikan anda buat anggaran jumlah ahli keluarga atau tetamu yang akan ada berbuka puasa bersama. Jangan berlebih-lebihan sehingga menyebabkan makanan tidak diluak dan akhirnya dibuang ke dalam tong sampah. Beli juadah yang anda benar-benar boleh habiskan sewaktu berbuka. Pastikan juga peti ais dan rak makanan anda sentiasa tersusun rapi bagi mengelakkan pembaziran barangan makanan yang sudah dibeli.

3. Elak buat iftar di luar kemampuan


Jangan membazir dengan menganjurkan majlis berbuka puasa untuk tujuan bermegah atau menunjuk-nunjuk. Ingat, bukanlah tujuan sebuah majlis iftar itu diadakan untuk berbangga dengan kemewahan dan harta kekayaan yang anda ada. Memadailah untuk mengajak teman rapat, jiran atau saudara-mara terdekat sahaja.

4. Elak membeli-belah di siang hari


Elakkan dari membeli barang masakan atau makanan di pasaraya sewaktu anda sedang berpuasa. Ini kerana anda akan cenderung untuk membeli barangan yang melebihi dari yang sepatutnya. Sebaiknya, kunjungi pasaraya selepas solat Maghrib. Latih diri untuk tidak mudah terpengaruh dengan sebarang bentuk iklan promosi.

5. Beli makanan dalam pek kecil


Membeli dalam kuantiti yang terlalu banyak boleh mengakibatkan pembaziran. Beli makanan dalam pek kecil berbanding besar. Diingatkan juga untuk anda semak terlebih dahulu tarikh luput kesemua produk yang ingin dibeli. Ingat, beli makanan yang berkhasiat sahaja. Sebagai contoh, elakkan dari membeli minuman ringan sewaktu berbuka dan sahur kerana ianya boleh mengakibatkan masalah buah pinggang yang kronik. Minumlah air putih kerana ianya bukan sahaja dapat menghilangkan dahaga malah dapat dihadam dengan baik.

6. Buat perbandingan harga


Untuk berjimat, sebaiknya anda buat perbandingan harga terlebih dahulu di internet atau dapatkan katalog pasaraya-pasaraya terkemuka yang ada. Kebiasaannya akan ada produk alternatif yang boleh didapati dengan harga yang lebih murah di pasaraya tertentu. Tahan diri dari membeli barang yang tidak mahu dibeli meskipun ianya datang dengan diskaun atau tawaran hebat seperti 'beli 1 percuma 1'. Percayalah, ianya hanya taktik pemasaran yang bertujuan untuk menarik perhatian anda.

      Baca : 6 Tip Berhenti Merokok Di Bulan Ramadhan

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Cuba hayati maksud sebenar bulan Ramadhan ini, dengan itu anda pasti akan bersederhana dari segi perbelanjaan dan aspek-aspek lain. Ingat, apa yang mendorong kita untuk membazir adalah nafsu semata-mata. Apakata sempena berada dalam bulan Ramadhan ini, kita cuba memenuhi ia dengan tuntutan agama dan mengurangkan perkara duniawi yang melalaikan.

- Daku Amat

Tags : bulan ramadhan tip berjimat di bulan ramadan ramadan kareem pembaziran bijak berbelanja cara elak pembaziran berbuka puasa semasa bulan ramadan

6 Tip Berhenti Merokok Di Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Selama sebulan penuh kita akan menempuhi Ramadhan dengan berpuasa tidak makan dan minum termasuk juga tidak merokok sejak sahur sehingga waktu berbuka.

Bulan Ramadhan merupakan momentum atau waktu yang tepat bagi perokok yang sudah lama merokok untuk memasang niat dan tekad mahu terus berhenti merokok.

Berikut 6 tip berhenti merokok bermula di bulan Ramadhan :

1. Niat


Niat untuk berhenti merokok selama bulan Ramadhan diyakini dapat membantu mempertingkatkan usaha dengan lebih kuat berbanding pada waktu yang lain. Ini kerana anda tidak boleh merokok di waktu puasa dan terdapat keberkatan di bulan Ramadhan jika anda berniat dengan perkara yang baik.

2. Yakin dan sentiasa positif


Yakinkan diri anda bahawa berhenti merokok adalah perkara yang sangat positif dalam hidup anda. Apabila seseorang berhenti merokok akan ada banyak kebaikan kepada diri sendiri, keluarga serta orang yang berada di sekitar anda. Yakinkan diri anda bahawa anda memang boleh untuk berhenti merokok. Bermula dengan berhenti membeli akhirnya anda akan terus berhenti merokok.

3. Banyakkan beramal


Pastikan selepas waktu berbuka puasa dan ketika sahur, jangan sesekali menghisap merokok. Apa yang anda perlu lakukan adalah terus mengambil wuduk dan melakukan solat. Pergi ke masjid lakukan solat tarawih secara berjemaah. Banyakkan melakukan amalan seperti membaca al-Quran, berzikir dan berdoa memohon agar anda dapat berhenti terus daripada tabiat merokok.

4. Sokongan moral


Sampaikan niat anda yang suci murni secara lisan kepada orang-orang yang terdekat seperti ahli keluarga dan rakan-rakan yang tidak merokok, sampaikan komitmen bahawa anda ingin berhenti merokok. Mintalah dorongan dan juga perlu sedikit ancaman dari mereka jika anda ingin merokok lagi. Kalau yang lebih ekstrim suruh mereka menampar anda jika anda merokok! Mereka pasti akan menyokong anda sehingga anda berhenti dari melakukan tabiat buruk itu.

5. Bina komuniti


Wujudkan satu komuniti berhenti merokok di antara perokok dan bekas perokok di sekitar kawasan anda. Ajak mereka supaya untuk bersatu padu dan memberi 100% komitmen untuk berhenti merokok selamanya. Ceritakan pengalaman dan masing-masing saling bertukar pendapat mengenai kaedah yang berkesan yang telah terbukti berkesan dalam proses untuk berhenti merokok. Posisikan diri anda untuk menjadi pendorong dan juga pemangkin semangat untuk setiap ahli komuniti.

6. Mengalih perhatian


Jika anda ingin merokok, alihkan perhantian anda dari keinginan tersebut. Cuba untuk memikirkan apa kesan buruk yang akan berlaku pada diri anda jika terus merokok. Buat aktiviti-aktviti yang lain seperti bertadarus, mendengar kuliah agama, membaca al-Quran dan membuat amal ibadat yang lain.

      Baca : Resepi Sotong Goreng Kunyit Enak Untuk Menu Sahur

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Sesungguhnya isu merokok adalah isu yang dipandang remeh oleh sesetengah orang tetapi sebenarnya besar kesan terhadap individu yang terbabit. Banyak akibat yang mudarat dan tidak baik berlaku kepada perokok dan orang disekelilingnya. Antaranya pembaziran yang ketara melibatkan jutaan ringgit pada setiap tahun.

Begitu juga dengan kematian akibat rokok yang kadarnya hampir 6 juta kematian di seluruh dunia kepada perokok dan juga orang yang berada di sekelilingnya. Ini kerana asap rokok mengandungi bahan kimia berbahaya bagi organ manusia untuk jangkamasa panjang. Angka tersebut bertambah dari setahun ke setahun. Ramai ulama berpendapat bahawa merokok hukumnya haram, antaranya pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

- Daku Amat

Tags : bulan ramadhan tip berhenti merokok ramadan kareem ketagihan rokok stop smoking mudarat merokok pada kesihatan berbuka puasa kempen anti-merokok
You might like these as well: